Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Ziarah Ulama tertua di bumi Fathani




Ya Allah, lama sungguh berhajat untuk ziarah beliau, ulama sesepuh negeri Fathani, Tuan Guru Baba Haji Wan Nuh Kelaba yang kini berusia 104 tahun.

Allahurobbi, kata menantunya tadi, sebelum ini sehinggakan usia beliau 100 tahun Tuan Guru masih mengajar di bailasahnya cuma 4 tahun kebelakangan ini beliau uzur. Namun, solat tahajjudnya setiap hari tidak pernah tinggal. Tadi bila menantunya kejutkan beliau untuk minta ambil gambar, beliau tanya "Subuh dah ke". Subhanallah, maksudnya kehidupan beliau tidak pernah lengkang dari mengingati solat.



Sedikit biodata beliau :

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Wan Nuh Bin Wan Nawang dan beliau dilahirkan pada tahun 1918 di Patani.

Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Balur dan seterusnya ke Pondok Mak Enggol di Patani, lalu naik me Mekah.

Di antara guru-gurunya ialah :

1. Tok Balur @ Tuan Guru Haji Ahmad Bin Muhammad Darawi ( 1880 - 1942 )
2. Tuan Guru Haji Hassan Mokgol ( 1896 - 1969 )
3. Pak Da Eil Mekah ( 1882 - 1965 )
4. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ( 1910 - 1965 )

Ketika di Pondok Mak Enggol, beliau bersahabat baik dengan Ayah Dir Sekam & Tok Ayah Kob.




Selepas tamat pengajian di Mekah selama lebih kurang 20 tahun, beliau pulang ke Patani lalu membuka sebuah pondok di Kelaba. Kini beliau sudah berusia 104 tahun dan menetap di Bendang Tal, Kelaba.





Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

*Sumber - Buku Ulama Besar Dari Patani,  Maklumat awam & bual bicara dengan menantu tuan guru pada 12 Jun 2022

Kredit : Tengku Yusuff

#ZiarahPattani2.0

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom