Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sepuluh (10) mutiara kata pahlawan Melayu Mat Kilau




1. "Kalau pecah seluruh kulitku, luruh seluruh dagingku, putus seluruh uratku, hancur seluruh tulangku, tak akan dapat menahan semangatku untuk membebaskan tanah ini."

2. " Kalau beragama jangan sekadar pakaian (syariat), biar bersih juga tubuhnya (hakikat)."

3. "Kalau belajar, jangan sekadar ilmu biar kukuh juga adabnya."

4. "Kalau beramal, jangan sekadar ayatnya, biar tentu juga berbulat dengan rahsia-Nya."

5.  "Janganlah kita menyusahkan orang lain, biarlah kita susah dan bersyukurlah kepada Allah."

6. "Biar orang lain menganiaya kita kita, janganlah pula kita menganiaya orang lain."

7. "Kalau beramal dengan ayat Al-quran bukanlah dengan tujuan tertentu, sebaliknya beramal dan berzikir semata-mata kerana Allah." 

8. "Bila amalan itu menjadi darah daging, dengan izin Allah kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah dan jangan sesekali takbur dan cuba menguji kelebihan yang diberi."

9." Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan solat, jika terpaksa hendaklah mengqadaq solat dengan segera.'

10. "Jangan sesekali mereka yang beramal memasuki ke tempat ibadat bukan islam."

Sumber: Mingguan Kota hasil wawancara dengan cucu saudara Mat Kilau, Cik Abu Bakar Hassan, halaman 26, 25 Oktober 1987. 



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom