Bilakah Keris Menjadi Senjata Bahaya? Penjelasan Ini Buatkan Musuh Terkesima!
Di dalam rekod-rekod lama, gambar, manuskrip dan sebagainya, orang Melayu membawa keris dan membuka keris di hadapan raja.
Keris terhunus di sebelah leher raja-raja Melayu tanpa dimaksudkan alat membunuh raja.
Apakah keris tidak bahaya pada waktu itu? Jawapan yang ditemui ialah;
Pertama, keris adalah senjata maruah. Ia menjadi senjata apabila maruah pemakai dizalimi.
Keris keluar hanya setelah pakaian terkoyak. Keris menjadi sesuai arahan agama dan peruntukan undang-undang semasa itu.
Seperti mana semua peruntukan undang-undang dunia bagi menjamin maruah manusia dan negara terjaga, tentunya adanya alat yang diagungkan setaraf kedudukan nama-nama hebat dan kedaulatan negara.
Keris lambang kedaulatan itu.
Kedua, keris menjadi senjata hukuman bagi melaksanakan tugas-tugas hilum seperti juga alat hukuman lain.
Malah tali yang digunakan untuk menggantung juga bahaya jika disalahguna.
Ketiga, keris menjadi senjata bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang dan peradaban negara yang terjajah oleh penjajah.
Pada waktu itu keris adalah sebahagian daripada perkakas keselamatan.
Namun kedudukan keris adalah senjata akhir daripada hirarki persenjataan Melayu selepas meriam, lela, rentaka, pemuras, terakol, panah, lembing, tombak, pedang, parang, sundang, keris.
Kredit : Demi Malaui
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: