Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Di Indonesia memang mereka guna Bahasa Melayu


BAHASA MELAYU


Sama  ada Menteri Pendidikan Indonesia itu mahu mengaku atau tidak, bahasa  yang mereka pertuturkan itu adalah bahasa Melayu. Apakah sebelum  wujudnya Indonesia mereka tidak berbahasa? Atau hanya menggunakan bahasa  isyarat sahaja? 

Sebuah buku yg diterbitkan di Batavia (Jakarta)  pada tahun 1941 dengan judul "Peladjaran Bahasa Melajoe" jelas  membuktikan bahawa bahasa yg mereka gunakan itu sebenarnya bernama  bahasa Melayu sebelum ditukar nama ke bahasa Indonesia. Terimalah  hakikat ini.

Bahasa Melayu tetap bahasa Melayu meskipun digunakan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand atau Brunei. 

Orang  barat yang bertutur bahasa Inggeris tetap mengaku mereka menggunakan  bahasa Inggeris (English) meskipun digunakan di UK, Amerika, Australia  atau New Zealand. Tidak pernah mereka kata kami bercakap bahasa Amerika,  atau bahasa Australia atau sebagainya. 

Bahasa yg dipertuturkan di Alam Melayu adalah bahasa Melayu. Itulah hakikatnya.

Sumber Penulis Prof Abdul Muati Ahmad



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom