Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pemilik kereta dan nombor plat pertama di Tanah Melayu



Difahamkan, pemilik kedai perubatan Cina Eu Yan Sang iaitu Eu Tong Sen merupakan pemilik pertama kenderaan. Dia dikatakan membawa masuk kereta ke Tanah Melayu pada 1902.

Menurut laman web Eu Yan Sang, bapa mereka Eu Kong memulakan kedai herba pada 1879 di Gopeng, Perak selepas meninggalkan Desa Guangdong, China pada 1873.Eu menghabiskan hidupnya dengan meluaskan perniagaan perlombongan dan perladangan getah keluarga dan menjadi tokoh terkemuka dalam industri itu menjelang 1920.

Pada masa itu, dia juga menubuhkan kedai perubatan berhampiran pusat operasinya untuk menjaga kesihatan pekerja yang akhirnya berkembang luas di luar Gopeng dan menjadi  kedai perubatan Cina popular hingga ke hari ini bahkan memiliki francais di seluruh dunia.


Walaupun Eu merupakan individu pertama memiliki kenderaan di Tanah Melayu namun nombor pendaftaran keretanya tidak mgunakan A1. Nombor tersebut digunakan oleh arkitek British, Claude Henry Labrooy yang dikatakan memberi sumbangan besar kepada pembangunan Perak.

Perak dikatakan mempunyai kenderaan terbanyak dalam tempoh itu berkat kekayaan yang dijana daripada industri bijih timah.

Bahkan Ipoh pernah mendapat jolokan bandar jutawan ketika zaman kemuncak bijih timah dan perladangan getah sekitar 1910 sekaligus mengatasi bandar Taiping yang pernah menjadi ibu negeri Perak.



Selain itu, menurut Suara Perak kewujudan lampu isyarat yang pertama di Tanah Melayu juga dikatakan terdapat di Ipoh yang kini dikenali sebagai Bulatan Sultan Yussuf yang terletak berdekatan kediaman Menteri Besar.

Selain itu, Ipoh juga merupakan bandar pertama mempunyai tempat letak kereta bermeter pada 1960, dahulunya wujud berdekatan dengan Padang Ipoh.



Berikut nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri:

Perak A
Selangor B
Pahang C
Kelantan D
Putrajaya F
Johor J
Kedah K
Langkawi KV
Labuan L
Melaka M
Negeri Sembilan N
Pulau Pinang P
Perlis R
Sarawak Q
Sabah S
Terengganu T
Kuala Lumpur (siri 1 ) W
Kuala Lumpur (siri 2) V

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom