Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Lebih 2 juta umat Islam dibantai ketika era Dinasti Qing


Pejuang-pejuang Muslim siap sedia dalam satu pertempuran


Pada zaman dinasti Qing, dasar anti-Islam telah diamalkan. Penduduk Islam yang tertindas telah memulakan pemberontakan dibawah pimpinan Sulaiman Tu Wenxiu,Ma Hualong,Ma Zhanao dan Bei Yanhu. 

Namun pemberontakan ini tidak berjaya sehingga menyebabkan lebih kurang 2 juta umat Islam dibunuh sepanjang 12 tahun. Umat Islam dikawasan Bandar telah dihalau keluar dari kawasan Bandar seperti di Qinghai,Shanxi dan Ninxia Gansu. 

Semasa dinasti ini sebanyak 5 siri peperangan antara orang Mancu dengan Orang Islam iaitu perang Lanchu 1821-1828,Perang Che Kanio 1830,Perang Sinkiang 1847,Perang Yunnan 1857 dan juga perang Shansi 1861. 

Siri peperangan ini telah menyaksikan banyak masjid dibakar dan penduduk Islam diseksa sehingga ramai yang berhijrah keluar dari China. 

Namun penyeksaan ini berkurangan selepas kejatuhan Qing pada 1911 dan orang Islam mula menggiatkan kembali pengamalan ajaran Islam dan telah mula menghantar anak mereka ke luar negara untuk mempelajari Islam.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom