Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Harun Idris si "Singa Melayu" yang cekal membela nasib bangsanya




Dato Hj Harun bin Hi Idris merupakan seorang pejuang Melayu yang sangat "berhati kering" apabila bercakap soal membela nasib orang-orang Melayu khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke lapan pada tahun 1964, menjadi titik tolak kekentalan jiwanya sebagai "Singa Melayu" sehingga digeruni lawan dan dihormati kawan.

Berikut sebahagian penulisan di dalam buku UMNO Selangor 1946-2006 yang merakam serba sedikit perjuangan Dato Harun Idris.

Sewaktu dilantik menjadi Menteri Besar, usia Harun ialah 39 ta hun. Beliau dikira masih muda. Tetapi beliau mempunyai pengala man yang luas dalam bidang perundangan. Sebagai anggota ex-offcio dalam Exco Selangor ketika beliau menjadi penasihat undang-undang. beliau terdedah kepada bagaimana jentera kerajaan negeri berfungsi.

Pada peringkat tertinggi. Dari segi undang-undang, beliau tentulah arif mengenai selok belok fungsi dan peranan Menteri Besar, Lantaran itu, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Besar yang dinamik dan berwibawa. Selaku Menteri Besar, beliau mempunyai fokus yang jelas dalam membangunkan negeri dan rakyatnya.

Harun Idris


Dalam dasar pembangunannya itu pula, beliau memberi perhatian yang khusus terhadap golongan Melayu, terutama yang tinggal di Kuala Lumpur yang pada waktu itu masih lagi menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran Selangor. 

Penduduk Kuala Lumpur pada waktu itu sebahagian besarnya terdiri daripada bukan Melayu, Cina merupakan kaum yang dominan. Bagi Harun untuk mengekalkan kuasa politik Melayu, komposisi penduduk Kuala Lumpur tidak akan menguntungkan Selangor. Lantaran itu salah satu tindakan awal Harun ialah untuk menggalakkan sebanyak mungkin orang Melayu Selangor berhijrah ke Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. Beliau mahu menjadikan Kuala Lumpur pusat kuasa politik Melayu.

Antara tindakan Harun ialah memejamkan mata kepada kelahiran perkampungan-perkampungan setinggan di sekitar Kuala Lumpur. 

Malah perkampungan setinggan Melayu itu dibenarkan mendapat kan bekalan elektrik dan air paip supaya mereka juga hidup dalam keadaan yang selesa. Jalan bertar menghubungi kawasan-kawasan setinggan itu turut dibina oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri juga turut mengiktiraf kampung-kampung setinggan itu kemudiannya dengan memberi mereka yang menerokanya geran sementara atau TOL...



Untuk membantu kampung-kampung Melayu yang sudah bertapak lama seperti di Kampung Baru dan Datuk Keramat, Harun menyegerakan pengeluaran geran tanah kepada mereka. 

Dengan adanya geran itu, pemilik tanah boleh membangunkan tanah masing-masing dengan mengambil pinjaman daripada institusi kewangan baik untuk membina rumah bagi disewakan atau rumah kedai. Dengan cara itu, mereka akan mendapat pendapatan tambahan di samping pulangan daripada hasil sewa.

Dengan itu, kedudukan ekonomi penduduk Melayu di dalam bandar boleh ditingkatkan untuk membolehkan mereka bersaing dengan penduduk bukan Melayu. Dengan adanya rumah sewa di Kampung Baru, Datuk Keramat, Kampung Pandan, Ampang Petaling Jaya, Sungai Besi, Kepong dan tempat-tempat lain, bilangan orang Melayu boleh bertambah. Mereka kemudian digalakkan berdaftar sebagai pengundi.

Ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO

Dalam upaya untuk membangunkan Selangor secara lebih sistematik, banyak yang telah dilakukan oleh Harun. Tetapi secara lebih spesifik tiga institusi kerajaan negeri yang kekal sampai sekarang boleh dikreditkan kepada beliau. Institusi itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS yang ditubuhkan pada 1964, Per badanan Pertanian Negeri Selangor dan juga Yayasan Selangor, yang didirikan tidak lama selepas itu. Setiap satu institusi ini, mempunya peranan khusus untuk memesatkan pembangunan Selangor.

PKNS umpamanya memainkan peranan untuk membangunkan bandar-bandar baru di Selangor dan mempastikan dalam bandar-bandar itu, orang Melayu diberi tempat yang sewajarnya. PKNS juga ditugaskan untuk membina rumah-rumah bermutu yang mampu dibeli oleh orang Melayu. Untuk mengelakkan masalah rumah terbengkalai, kerajaan negeri di bawah arahan Harun meminta PKNS membina rumah-rumah itu terlebih dahulu dan menjualnya kepada orang Melayu selepas siap dibina. 



PKNS juga ditugaskan untuk memajukan kawasan-kawasan perindustrian bagi menampung keper luan pelabur asing yang ingin membuka kilang mereka di Selangor.

Malah kawasan-kawasan khusus perindustrian ini dibuat untuk mempastikan pembangunanya teratur dan keperluan pemodal asing yang menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Selangor dapat dipenuhi. Peranan ini sampai sekarang masih dimainkan oleh Selangor. Selain itu, Harun juga mempastikan pemaju-pemaju swasta yang membangunkan taman-taman perumahan di Selangor mempe runtukkan sekurang-kurangnya 30 peratus rumah yang mereka bina kepada Melayu.

Perbadanan Pertanian Negeri Selangor ditubuhkan khusus untuk memajukan sektor pertanian yang merupakan bidang di mana banyak orang Melayu bergiat. Perbadanan itu juga dilibatkan dalam pembukaan ladang-ladang kelapa sawit membabitkan orang Melayu. Den gan itu dapatlah dipastikan bahawa masyarakat Melayu di luar bandar dibela oleh kerajaan dan mereka tidak terpingir dalam arus pemban Menyedari penting pendidikan sebagai alat untuk mengeluarkan gunan negeri.

Orang Melayu daripada kemiskinan, Harun menubuhkan Yayasan Selangor. Yayasan ini ditugaskan untuk mengenal pasti anak-anak Melayu yang baik kelulusannya dalam peperiksaan dan menempat kan mereka di asrama-asrama yang dibina khusus di Kuala Lumpur. Mereka kemudian akan dihantar ke sekolah-sekolah yang baik bagi mendedahkan para pelajar itu dengan sistem pendidikan terbaik neg ara supaya mereka memajukan diri sehingga ke peringkat universiti. Di bawah skim Yayasan Selangor itu, para pelajar di luar bandar yang cerdas diberi perhatian. Mereka kemudian diberi pelbagai kemudahan terbaik untuk membolehkan mereka bersaing dengan pelajar-pelajar bukan Melayu.

Bersama para penyokong tegar

Sewaktu ditanya mengenai usaha pembangunan yang beliau laksanakan selepas persaraannya, Harun tidak meninggi diri. Beliau sekadar berkata: "Saya hanya melaksanakan satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya iaitu untuk membangunkan orang Melayu. Saya tengok bangsa saya ketinggalan dan saya bertanggungjawab untuk merapatkan perbezaan yang wujud dengan kaum lain. Saya di beri kuasa dan kekuatan oleh Allah, saya mesti berbuat sesuatu untuk bangsa saya." Menurut Harun, apa yang beliau laksanakan sepanjang 12 tahun menjadi Menteri Besar sebenarnya sekadar untuk memenuhi ikrarnya ketika diamanahkan tugas itu. Ikrar itu ialah: "mahu mem pertahankan negara dan negeri, bangsa dan agama. Dengan azam inilah memulakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor. Saya saya bersyukur kerana ada pihak menghargai apa yang saya lakukan itu."

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom