Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Al-Hakam II : Khalifah Islam di Sepanyol yang terlalu cintakan buku



Al-Hakam II naik takhta dan menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah dan Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.

Beliau amat mencintai ilmu dan sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Eropah pada ketika itu. Dikatakan beliau memiliki lebih 400,000 buku dan katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid dan sekitar 500 orang bekerja di situ.

Beliau juga menggerakkan usaha penterjemahan buku-buku Latin dan Greek ke bahasa Arab secara besar-besaran, membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai orang Islam Muwallad dengan Kristian Mozarab Iberia untuk usaha itu.

Selain cintakan buku dan mahir dalam beberapa bidang ilmu seperti sains dan sastera, Al-Hakam II juga amat memberi penekanan terhadap kepentingan sejarah. Malah beliau sendiri menulis sebuah buku tentang sejarah kerajaan Islam Al-Andalus.

Al-Hakam juga II dikenang sebagai pemimpin terbilang dengan kemahiran diplomasinya. Beliau berjaya menyelesaikan pertikaian antara negeri-negeri kecil Sepanyol bawah kekuasaannya, juga mengikat hubungan baik dengan kerajaan Katolik di utara semenanjung Iberia.

Tugu Al-Hakam II

Bawah pimpinan panglima Ghalib Abd al-Rahman, kerajaan Islam Cordoba berjaya mengesahkan kekuasaan ke atas wilayah Afrika Utara selepas empat tahun berperang dengan kerajaan Syiah Fatimiah di Maghribi.

Al-Hakam II meninggal dunia pada usia 61 tahun, menyerahkan takhta kepada anaknya Hisham II yang berusia 11 tahun.

Sumber: Al Arabiya, Republika ID, Britannica, Encyclopedia





Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom