Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Abdullah : Qari tertua di Malaysia mencetak ribuan guru al-Quran




Jejak Ulama Nusantara - Kelantan

Tuan Guru Haji Abdullah al-Hafiz, Rantau Panjang ( 1933 - 2017 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Daud dan beliau dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 1934. Beliau merupakan cicit kepada tokoh ulama terulung Kelantan sepanjang zaman Arif Billah Syeikh Abdul Malek Sungai Pinang.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Umar al-Kelantani yakni murid kepada Tok Kenali selama beberapa tahun. Seterusnya pada 1951, sewaktu berusia 18 tahun beliau telah berangkat ke Mekah dan memasuki Madrasah al-Falahiyyah. Disamping itu, beliau juga turut mengikuti perbincangan ilmu di sekitar Masjidil Haram.

Di antara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Umar al-Kalantani
2. Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib al-Mandili - Guru Utamanya ( Mengaji hampir 10 tahun )
3. Syeikh Muhammad Amin al-Kutbi
4. Pak Da Eil Mekah
5. Syeikh Sayyid Alawi Bin Abbas al-Maliki
6. Syeikh Ismail Awang Kitchi - Guru Quran
7. Syeikh Abdur Rauf Maree' - Guru Quran

Setelah menguasai Ilmu Qiraat, beliau dilantik sebagai guru di Maahad Tahfiz di Mekah. Selepas beberapa tahun mengajar, beliau dinaikkan pangkat sebaris dengan ulama-ulama al-Quran dan fokus utama adalah mengajar pelajar pelajar yang datang dari kepulauan Melayu. Selama 9 tahun beliau mengajar pelajar dari kepulauan Melayu.

Pada awal tahun 1970-an setelah 23 tahun di Mekah, beliau pulang ke tanah air dan mendirikan Pondok Tahfiz Haji Loh di Banggol Kulim dan turut menjadi Mudir Tahfiz Darul Nisa’ Kampung Dangar, Rantau Panjang .

Tuan Guru Haji Abdullah merupakan Qari tertua di Malaysia dan yang paling berpengetahuan di dalam bidang al-Quran. Beliau telah melahirkan beribu ribu orang huffaz dan imam termasuk 7 orang anaknya sendiri.

Tuan Guru Haji Abdullah meninggal dunia pada tahun 2017 ketika berusia 84 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang. 

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin







Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom