Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Syeikh Haji Muhammad Senang merantau ke Babusalam demi ilmu




Syeikh Haji Muhammad Senang Bin Haji Khatib @Hatib (gambar) berasal daripada Kampung Selulun, Jalan Parit Jalil, Tongkak Pecah, Batu Pahat, Johor. Beliau lahir sekitar tahun 1905.Ayahndanya bernama Muhamad Khatib Bin Biru manakala ibundanya bernama Kinah Binti Bedu. Beliau mempunyai 6 orang adik beradik.

Sedari kecil, beliau telah dibawa oleh Tuan Guru Haji Zakaria Kampung Parit Haji Muhamad Parit Sulong ke Babusalam dan dibesarkan di sana. Turut di bawa bersama ketika itu ialah Tuan Guru Haji Amran Bin Haji Abdul Salam.

Ketika di Babusalam beliau telah berguru dengan wali Allah Syeikh Abdul Wahab Rokan (1811-1926), Syeikh Mursydi Tareqat Naqshabandi al-Kholidi.

Selain dari mengamalkan Tareqat Naqshabandi al-Kholidi,Syeikh Muhammad Senang juga adalah Syeikh kepada Tareqat Samaniyah.

Setelah kembali ke tanah air, Syeikh Muhammad Senang telah mendirikan sebuah madrasah bagi tujuan suluk dan pengajian di Kampung Kolam Ayer, Jalan Yong Peng, Parit Sulong. Di antara anak muridnya ialah Habib Soleh al-Aidid. Di antara sahabatnya pula ialah Tuan Guru Kiyai Haji Othman Bin Haji Mohd Amin, Parit Ju, Batu Pahat.



Beliau akhirnya meninggal dunia pada 13 Ogos 1995 di dalam usia yang sangat lanjut. Jenazahnya disemadikan di Masjid Kangkar Merlimau, Parit Sulong.

*Sumber - Maklumat dari Ustaz Amli Ilma


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom