Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

O.T Dussek : Pegawai British yang yakin Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa utama dunia


Bila orang Melayu cuba martabatkan bahasa sendiri, ada saja yang melenting. Kononnya, martabatkan bahasa sendiri bersifat mundur dan membantutkan kemajuan. 

Mungkin orang sebegini patut mendengar kenyataan seorang pegawai British bernama O.T Dussek. Beliau merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris.

Semasa berucap kepada para pelajar pada tahun 1935, Dussek berkata, "Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu. Berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.”
O.T Dussek


Kenyataan ini bukan saja dipetik dalam akhbar The Straits Times pada tahun sama. Malah, ia turut disebut dalam buku 'Harun Aminurrashid' oleh Abdullah Hussain pada 1982.



KONGSIKAN:



  • Kebimbangan Tengku Abdul Rahman disebalik rombongan merdeka

    Eksklusif:"beban besar saya"sumber: Berita Harian, 5 Mei 1969Pulau Pinang, Ahad- Tengku Abdul Rahman hari ini menerangkan bagi kali pertama tentang kebimbangan2 rombongan merdeka yang dipimpinnya ke England pada tahun 1956 untuk meminta British memberi kemerdekaan penoh kepada Malaya."sesetengah raja2 melayu tidak sepenuhnya bersetuju British menye... Baca Selanjutnya

  • Siapa raja-raja Melayu yang hadir pertabalan Ratu Elizabeth

    Istiadat kemahkotaan Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953 turut dihadiri oleh sejumlah Raja-Raja Melayu dan permaisuri masing-masing.Kelihatan di dalam foto ialah -1. DYMM Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Sultan Johor2. DYMM Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah, Sultan Selangor3. ... Baca Selanjutnya

  • Orang Melayu mohon jadi kelasi British tahun 1934

    Rekod & Sejarah : Permohonan Din Bin Mat dari Kedah sebagai Kelasi British - 1934.Bukti dari rekod pengesahan sebagai rakyat dari Semenanjung Tanah Melayu bagi permohonan Kelasi British.Orang - orang Melayu antara mereka yang berminat dan sedia bertugas sebagai Kelasi Kapal dengan kerajaan British. Rujukan:No Penerimaan :19570613501d02 - H... Baca Selanjutnya

  • Badik sengat pari, senjata berbisa orang Melayu

    Sengat ikan pari (stingray barb) adalah satu lagi senjata ampuh yang digunakan orang Melayu dulu-dulu. Sengat pari ini sangat berbisa. Biasanya ia digunakan ke atas orang yang kebal besi. Ada yang menyapu bilah sengat pari ini dengan kapur sirih. Apabila ditikam, tindakbalas kapur dengan darah akan menyebabkan bilah sengat pari ini menjad... Baca Selanjutnya

  • Tragedi penyeksaan kejam tentera Siam terhadap orang Melayu Kedah

    Gambar Hiasan12 November 1821 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Kedah kerana pada detik itulah Kota Kuala Kedah diserang setelah 5 bulan Pulau Langkawi dimusnahkan.Setelah menyerang Kota Kuala Kedah dan membunuh seluruh penduduk kota tersebut, angkatan Ligor telah melakukan pelbagai jenis penyeksaan kepada orang-orang M... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom