Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Jasa dan karomah Tuan Guru Haji Mukhtar




Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali Parit Anden (1870-1965)

Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali dilahirkan di Kampung Paya, Barabai, Banjar Masin pada tahun 1870.

Mula mendapat pendidikan agama di kampung halaman, berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Arif ( salah seorang cucu-cicit keturunan Syeikh Arshad al-Banjari).

Kerana ketekunannya dalam menuntut ilmu, beliau telah dijodohkan dengan anak gurunya, Hajah Salamah Binti Tuan Guru Haji Mohd Arif.

Semasa Belanda menjajah Indonesia, Tuan Guru Haji Mukhtar telah membawa diri ke Daerah Perbaungan, Medan. Kemudian beliau berhijrah pula ke Kampung Parit Anden, Parit Yaani, Batu Pahat sekitar tahun 1900 untuk mengusahakan penanaman pokok getah yang sedang giat berkembang di Tanah Melayu pada ketika itu. Setelah hutan ditebang dan biji getah ditanam, beliau kembali semula ke Perbaungan, sementara menanti ia diusahakan. Demikian antara rutin kehidupan, beliau sering berulang-alik antara Parit Anden dan Perbaungan, hingga beberapa ketika setelah selesai segala urusan.

Bermula dari dahulu, Tuan Guru memang tekun mengajar ilmu. Beliau mendidik masyarakat tanpa jemu, ketika perang mahupun aman, zaman susah ataupun senang.

Bermula dari dahulu, Tuan Guru memang tekun mengajar ilmu. Beliau mendidik masyarakat tanpa jemu, ketika perang mahupun aman, zaman susah ataupun senang.

Antara jadual mingguannya, tiap pagi Jumaat, antara jam lapan hingga sebelas pagi, akan ada pengajian di rumah beliau. Pengajiannya bukan hanya dihadiri masyarakat setempat, bahkan ada yang datang dari Perak, bermalam dan menginap di rumahnya. Dikatakan Sultan Ibrahim Ibnu Sultan Abu Bakar, pernah menyatakan hasrat melantik beliau menjadi mufti besar. Namun Tuan Guru menolak.

Semasa perang komunis cina bintang tiga, beliau telah ke Parit Bandan, Olak Batu, mempersiapkan apa yang perlu. Antara persiapan yang beliau sedia sebelum bertempur ialah:

1. Berpuasa berhari hari

2. Qiyamullail

3. Zikir

4. Wirid

5. Menulis wafaq pada selendang dan membikin baju

Kurniaan Allah Taala, Tuan Guru dianugerahkan pelbagai karomah yang telah meninggikan maqamnya ke tahap dekat dengan Allah Taala. Diantara yang pernah dikisahkan ialah:

1. Dikatakan pemakai selendang merah ketika pertempuran bersama komunis menjadi kebal dan tidak mampu dilihat orang. Komunis hanya menembak tinggi. Kerana yang kelihatan pejuang berbadan tinggi. Sedangkan sebenarnya mereka di bawah panji-panji.

2. Diceritakan, pernah suatu ketika beliau mendayung sampan membawa bersama ramai orang. Hujan turun deras berulang-ulang. Sampai di jeti, semua orang kebasahan, hanya Tuan Guru kekeringan seperti tidak ditimpa hujan. Ramai bertanya, apa rahsianya? Beliau berkata, "engkau tidak dekat pada Yang Maha Esa".

3. Ketika di hujung hayatnya, beliau kembali semula ke desa asalnya, Kampung Paya, Barabai. Waktu itu usianya sudah mencecah 80-an. Ketika beliau hampir meninggal, ditanya pada sekalian keluarga, siapa yang mahu mewarisi kediamannya. Seluruh ahli keluarga, tiada yang menerima. Oleh itu beliau pinta digali kuburnya di situ juga. Selang beberapa ketika, Allah menjemputnya bertemu dengan-Nya. Dikatakan ketika makamnya digali, walaupun hujan, tiada air yang menakung di dalamnya.

Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 95 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Ustaz Amli Ilma

Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali Parit Anden (1870-1965)




Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom