Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Tuan Guru Haji Saad Lepai, pengasas pondok di Kampung Lepai, Alor Setar


IKLAN



Oleh : Tengku Yusuff

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Saad Bin Idris dan beliau diperkirakan lahir sekitar tahun 1910an di Alor Setar, Kedah.

Mendapat pendidikan agama di Pondok Gajah Mati, Pendang berguru dengan Syeikh Wan Ibrahim al-Fathani @ Pak Chu Him selama beberapa tahun. Beliau juga sempat belajar dengan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili di sini. Zaman beliau belajar dahulu, timbul kisah untuk sambut raya diperkirakan tentang rukyah dan hisab. Beliau antara Fuqaha' yang berpegang dengan ijtihad para ulama mu'tabar.

Tuan Guru Haji Saad kemudiannya membuka pondok pengajian di Kampung Lepai, Alor Setar. 



Hasil perkahwinannya dengan Hajah Halimah Binti Mustafa, beliau dikurniakan 6 orang anak, iaitu :

1. Haji Abdul Halim Bin Haji Saad
2. Mhd Nordin Bin Haji Saad
3. Ahmad Bahaudin Bin Haji Saad
4. Faridah Binti Haji Saad
5. Sodekoh Binti Haji Saad
6. Jamilah Binti Haji Saad

Beliau meninggal dunia pada 24 September 1986 ketika berusia sekitar 80an. Jenazahnya disemadikan di sebelah Masjid Nurul Huda, Lepai, Alor Setar. 




Moga Allah Taala merahmati roh  para auliaNya. Amin

*Sumber - Maklumat awam dan perkongsian maklumat tambahan daripada Ustaz Abdul Matin Abdul Halim 



KONGSIKAN:




Ads Bottom