Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Syeikh Ibrahim al-Ibyari : Guru al-Quran dijemput khas oleh Sultan Kedah


IKLAN



Syeikh Ibrahim al-Ibyari ( 1866 - 1970 )

Oleh : Tengku Yusuff 

al-Hafiz Syeikh Ibrahim Bin Syeikh Yusuff al- Ibyari dilahirkan pada tahun 1866 di Mesir. Pendidikan agamanya diperolehi di Mesir dan juga di Mekah.

Allahyarham merupakan salah seorang guru al-Quran yang terkenal dan dijemput khas dari Mekah oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid pada tahun 1915. Sekaligus al-Marhum dilantik menjadi Imam Besar Pertama Masjid Zahir, Alor Setar, menggantikan Tuan Guru Imam Haji Mohd Khir Bin Haji Sulaiman yang sebelum ini menggalas jawatan Imam Diraja. 

Kemahiran al-Marhum dalam bacaan al-Quran amat terserlah sehingga beliau dikenali sebagai "guru pelendik" al-Quran.

Pada masa yang sama, al-Marhum menjadi pembantu dan sahabat rapat kepada Syeikhul Islam Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan Siddiq yang merupakan Syeikhul Islam Kedah Darul Aman pada tahun 1920 di Madrasah al-Hamidiah, Limbong Kapal, Alor Setar, sekaligus membawa kepada tertubuhnya sebuah sekolah baru yang lebih sempurna, al-Maahad Mahmud (1936).



Selain sebagai seorang hafiz al-Quran, Syeikh Ibrahim juga merupakan tokoh lagu al-Quran yang sangat berpengetahuan luas. Setelah tertubuhnya Maktab Mahmud, beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran pada sebelah petang. Dikatakan oleh salah seorang muridnya, Ustaz Haji Ghazali (89 tahun), seluruh waktu al-Marhum bersama al-Quran. Tambahan Ustaz Haji Ghazali, ketika kita memberi salam kepadanya, lafaz yang pertama sekali keluar dari mulut Syeikh Ibrahim ialah (سدق الله العظيم) kemudian baru menjawab salam.

Sepanjang hayatnya beliau telah berkahwin beberapa kali, isterinya yang terakhir bernama Mariam berasal dari Derang, Pokok Sena.

Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 8 orang anak iaitu :

1. Abd 'Alim (meninggal)
2. Syeikh Khalid (") 
3. Syeikh Mohd Rifaad (Seremban)
4. Syeikh Muhammad (Taiping)
5. Nuzhah
6. Dalal
7. Aminah
8. Saudah

Di antara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Zakaria Bin Haji Salleh, Lorong Kelompang 
2. Tuan Guru Haji Man Mathaluhum, Tandop
3. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Desa, Tandop
4. Tuan Guru Dato' Haji Ismail Hashim, Alor Setar
5. Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Salleh, Tobiar

Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1970 ketika berusia 104 tahun. Jenazahnya disemadikan di Masjid Derga, Alor Setar, Kedah.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan Puan Aminah Binti Syeikh Ibrahim pada 02 Mac 2022





KONGSIKAN:




Ads Bottom