Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mat Kelantan : Misteri rakan seperjuangan Mat Kilau


"Mat Kelantan"



Mat Kelantan ataupun nama sebenarnya Muhammad Bin Saman yang berasal/menetap di Kampung Kangkong Pasir Mas Kelantan , adalah diantara Pahlawan yang terlibat dalam perjuangan Dato Bahaman , Mat Kilau , Tok Janggut , Tok Gajah Dan lain-lainnya dalam penentangan British. Di antaranya adalah ketika peristiwa Jeram Ampai. 

Usianya sebaya dengan Sayyid Tokku Paloh , Tokku Paloh lahir pada Tahun 1817 dan meninggal pada Tahun 1917, Manakala Mat Kelantan juga lahir pada Tahun 1817 , Beliau dikurniakan umur yang panjang , Ketika Malaysia digemparkan dengan kemunculan Mat Kilau pada Tahun 1969, Mat Kelantan adalah antara orang yang dijemput oleh Kerajaan Pahang untuk mengesahkan identiti Mat Kilau , Dan ketika itu usianya sudah 152 Tahun. 

Mat Kelantan



Saya tak pasti Mat Kelantan meninggal dunia pada Tahun berapa , Kerana beliau begitu misteri dan tidak banyak sumber sejarah yang mengkaji dan menuliskan tentang beliau , Sedangkan beliau ini adalah seorang Pahlawan yang banyak berjuang bersama-sama Pahlawan Pahang semenjak Abad 18. Malah beliau adalah yang paling Abang diantara Pahlawan Pahang yang lainnya. 

Ada satu catatan dari amalan "Gerak Mat Kilau" yang di'ijazahkan oleh Mat Kilau kepada menantunya yang juga muridnya iaitu Haji Abu Bakar , Tercatit akannya tawasul , Dan diantara nama-nama yang ditawasulkan adalah Syeikh Muhammad Saman iaitu Mat Kelantan , Ini jelas menunjukkan Mat Kelantan adalah guru kepada Mat Kilau. 

Mat Kelantan mempunyai banyak rahsia yang disimpannya , Beliau telah lama tahu bahwa Tok Janggut itu tidak mati dibunuh seperti yang diwar-warkan pihak British dahulu , Buktinya adalah pantun yang diucapkan oleh Mat Kelantan dahulu yang berbunyi , 

"Dikata orang mati ditikam , 
Mayatnya pula diarak panjang , 
Dikata orang dimakam di pasir pekan, 
Bukanlah dia bukanlah bukan."

Mat Kilau bersama Mat Kelantan





Sayang sekali tiada catatan terperinci mengenai Mat Kelantan ini , Saya juga tidak pasti mengapa , Tetapi setahu saya masih ramai lagi pejuang-pejuang yang tidak didendang namanya dan dituliskan sejarahnya seperti rakan-rakan seperjuangan Mat Kilau, Iaitu Raja Ibrahim (Pak Yim) , Radin Damabulan, dan ramai lagilah... 

Wallahu A'lam
Al-Fatihah untuk pejuang terdahulu...

Kredit : Tengku Daeng Mawelle



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom