Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah perisik Jepun di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua


Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, populasi warga Jepun di Malaya tersangat ramai terutama di negeri-negeri pantai timur dan Singapura. Ramai antara mereka datang ke Malaya sebagai pedagang, peniaga, editor akhbar, diplomat dan tidak kurang juga terdapat sesetengah mereka bekerja sebagai pelacur-pelacur kelas atasan.

Pelancong-pelancong daripada Jepun direkodkan berbondong-bondong datang ke Asia Tenggara lama sebelum Perang Dunia Kedua tercetus. Pada masa itu, ia tidak langsung diragui oleh pihak penjajah seperti Belanda di Indonesia, Perancis di Indo-China, Amerika Syarikat di Filipina dan British di Malaya. Tugas intipan dijalankan oleh perisik mereka dengan cukup baik. Daripada sekecil-kecil maklumat sehingga ke maklumat yang paling sulit, semua dikumpulkan untuk memudahkan tugas tentera Imperialis Jepun kelak. Kebanyakan daripada mereka dilengkapkan dengan mesin Cipher(mesin kod rahsia) untuk berhubung bagi menghalang British memintas pesanan mereka.

Tatsuki Fuji

Beberapa nama seperti Tatsuki Fuji misalnya, telah melakukan tugasnya sebagai perisik di Malaya dengan cukup licik. Mudahnya Jepun untuk menawan Malaya pada tahun 1941 adalah disebabkan oleh intipan perisik Jepun ini.

Segala kekuatan British telah pun dikaji dan diselidik dengan sebaik-baiknya oleh beliau. Tatsuki Fuji sebenarnya adalah seorang editor di Singapore Herald. Dalam masa yang sama, Fuji telah direkrut untuk mengintip setiap kemudahan dan kekuatan tentera British di Singapura dan Malaya. Profesion beliau sebagai wartawan memudahkan tugas rahsia beliau untuk mengintip dan membongkarkan rahsia sulit British.

Perisik Jepun yang paling berjasa

Namun, jasa Tatsuki Fuji tidak dapat mengalahkan jasa seorang perisik Jepun yang pernah berada di Malaya lama sebelum Jepun melancarkan dasar imperialisme. Jepun perlu berterima kasih dengan perisik yang digelar ‘Harimau’ ini. Beliau adalah Tani Yutaka.

Yani Utaka


Bersongkok dan bersamping

Tani Yutaka adalah perisik Jepun yang pernah menetap di sebuah negeri di pantai timur iaitu Terengganu. Beliau berada di Terengganu lama sebelum perang dunia bermula. Tani dilahirkan di Fukuoka, Jepun pada tahun 1910. Ketika berumur tidak sampai setahun, dia dan keluarganya telah berpindah ke Terengganu.

Beliau bersama-sama ibu bapanya mencari nafkah dengan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Kedai runcit warisan keluarga Yutaka tersebut masih lagi terpelihara sehingga terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan setelah Malaysia memperoleh kemerdekaan. 

Bersama-sama bangsa Cina, keluarga Tani Yutaka dianggap golongan minoriti di Terengganu. Bangsa Melayu masih lagi mendominasi dari segi populasi di sini. Namun, keluarga Tani Yutaka yang pandai berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu dapat menyesuaikan diri dengan situasi sebegitu.

Tani memakai busana Melayu
lengkap bersongkok dan bersampin


Tani Yutaka sendiri menggemari adab dan pemakaian orang Melayu. Beliau tidak malu untuk bersongkok dan bersamping sedangkan hakikatnya beliau berbangsa Jepun. Oleh sebab itu, teman-teman Tani Yutaka lebih ramai berbangsa Melayu berbanding bangsa-bangsa lain. Ia kemudian menjadi faktor penyebab mengapa Tani Yutaka berjuang bersama-sama bangsa Melayu untuk menumpaskan British di Malaya semasa era Perang Dunia Kedua kelak.

Ketika berumur 21 tahun, Tani telah kembali semula ke Jepun untuk memenuhi tanggungjawabnya dalam perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan bagi semua rakyat kelahiran Jepun. 

Pada ketika itu jugalah merupakan kali terakhir dia melihat adik perempuannya, Shizuoka Yutaka.

Tahun 1930-an, permusuhan terhadap masyarakat Jepun yang tinggal di Tanah Melayu semakin meningkat. 

Dengan tentera Jepun yang menyerang China dalam insiden Manchuria atau Mukden pada tahun 1931, masyarakat Cina yang lebih besar telah menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap minoriti Jepun di Tanah Melayu.

Mereka memulaukan perniagaan-perniagaan milik bangsa Jepun, melakukan keganasan dan merusuh di jalanan. 

Pada satu kejadian keganasan yang berlaku pada November 1932, premis perniagaan milik keluarga Tani Yutaka telah dibakar manakala adiknya Shizuoka pula telah dirogol dan dibunuh.

Sekembalinya Tani ke Tanah Melayu, dia kecewa dengan ketidakcekapan kerajaan kolonial Brish mentadbir dan menguruskan permasalahan yang berlaku.

Dia menjadi bertambah marah apabila pelaku keganasan yang menyebabkan adiknya terbunuh itu telah dibebaskan oleh sistem pengadilan British ketika itu.

Fujiwara Kikan

Tani Yutaka berkhidmat secara rahsia dengan sebuah agensi risikan daripada Jepun iaitu Fujiwara Kikan atau lebih dikenali dengan gelaran F Kikan. Beliau dikatakan mula dihubungi oleh F Kikan semasa usianya mencecah 19 tahun.

F Kikan ditubuhkan semasa permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1941 di Thailand. Ia diketuai oleh Major Fujiwara Iwaichi iaitu ketua unit risikan Tentera Imperialis Jepun battalion ke-15.  F Kikan ditubuhkan untuk memujuk gerakan kemerdekaan di India, Indochina dan Malaya bagi bersekutu dengan Jepun. Di Malaya, F Kikan berjaya memujuk beberapa orang Sultan termasuk sultan Kedah untuk memihak kepada Jepun.

F Kikan pernah mengarahkan unitnya untuk menyelamatkan kerabat diraja Sultan Kedah termasuklah Sultan Abdul Hamid dan Tunku Abdul Rahman daripada diapa-apakan oleh tentera Imperialis Jepun. F Kikan juga pernah menghubungi Ibrahim Yaakob bagi berkerjasama dengan Jepun menentang British di Malaya. Ibrahim Yaakob adalah pemimpin utama parti Kesatuan Melayu Muda atau lebih dikenali KMM. KMM adalah antara beberapa organisasi yang berkerjasama dengan Jepun untuk menumpaskan British bagi menjadikan Malaya sebuah negara yang merdeka. Ibrahim telah dilantik oleh Jepun untuk menjadi Leftenan Kolonel kepada pasukan militia anti-British,Giyuugan. KMM dan Giyuugan kemudian diharamkan British selepas kuasa penjajah ini kembali memerintah Malaya setelah Jepun menyerah kalah pada 1945. Ibrahim bertindak ke Jakarta bersama keluarganya dan menukar nama kepada Iskandar Kamel.

Gerakan Gerila dan sebotaj

Bergitu juga dengan Tani Yutaka, beliau diarahkan agensi F Kikan bagi melancarkan sabotaj dan perang gerila terhadap tentera British dan sekutunya. Kebanyakan yang sering menjadi mangsa serang berani Tani Yutaka dan pasukan gerilanya adalah tentera upahan British iaitu tentera Gurkha.

Dendam terhadap bangsa Cina

Tani Yutaka sangat membenci kepada bangsa Cina. Ia disebabkan sebuah peristiwa yang menimpa adik perempuan apabila beberapa orang berketurunan Cina yang dipercayai kongsi gelap telah merogol dan membunuh adik perempuannya ekoran tersebarnya kisah-kisah kebrutalan Jepun terhadap bangsa Cina di Tanah Besar.

Kemarahannya memuncak sehingga tujuan asalnya untuk menumpaskan British telah terarah juga kepada bangsa Cina di Malaya. Bersama-sama rakannya yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya, Tutaka telah membalas dendam dengan membakar kedai milik orang cina dan tidak terkecuali juga milik orang-orang British. Nama Tani Yutaka mula ditakuti dan disegani oleh orang Cina dan British. Gerakan memburunya telah dilakukan namun tidak berhasil.

Malaria meragut nyawa

Disebabkan terlalu terdedah dengan hutan belantara, Tani Yutaka telah dijangkiti demam Malaria yang kemudiannya menjadi penyebab kepada kematiannya. Beliau meninggal dunia pada usia yang masih bergitu muda iaitu dalam lingkungan 32 tahun. Beliau meninggal dunia di Singapura pada 1942. Namun, terdapat sumber mengatakan beliau meninggal dunia di Johor sebelum dibawa ke Singapura untuk dikebumikan di tanah perkuburan khas bagi imigran Jepun.

Legasi

Kerajaan Jepun mengambil inisiatif untuk mengenang jasa beliau semasa penaklukan Jepun di Asia Tenggara dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak beliau telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.

Salah satu babak dalam filem Marai No Tora

Yang menariknya mengenai filem tersebut ialah budaya Melayu dipaparkan dengan cukup menebal seperti watak Yutaka Tani memakai songkok dan berbaju melayu serta menyanyikan lagu warisan bangsa Melayu, ‘Rasa Sayang’.


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom