Sungai Bernam yang tak sekadar menjadi sumber air, ianya juga menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Di dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama.
Pada 25 Ogos 1957, seramai 2,000 penduduk Tanjung Malim menyertai satu
gerakan menentang komunis kerana pada ketika itu hutan Tanjung Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam telah dijadikan kubu pengganas tentera komunis.
Penduduk Tanjung Malim telah mengadakan satu gerakan menentang komunis pada 25 Ogos 1957. Gerakan ini adalah gerakan menentang komunis paling besar yang pernah diadakan di Tanah Melayu.
Kawalan di udara juga dijalankan dengan kapal terbang yang dilengkapi dengan alat pembesar suara supaya dapat didengarkan sehingga 4 batu jauhnya. Dari udara, suara lantang dapat didengari dari jauh untuk mengarah pengganas-pengganas komunis keluar menyerah diri. Gerakan menentang komunis ini telah diadakan selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi dan hutan belantara yang dimasuki oleh 2,000 orang awam itu adalah seluas kira-kira 30,000 ela persegi.
Kebanyakan orang awam yang menyertai gerakan ini ialah anggota-anggota Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Semasa orang awam meredah hutan, mereka dilindungi oleh askar-askar dari Batalion ke 5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara. Sesungguhnya gerakan rakyat menentang komunis pada hari ini dalam tahun 1957 tersebut merupakan satu perpaduan dan kerjasama semua pihak untuk membantu kerajaan membanteras komunis.
Sumber asal : Orang Perak
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: