Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tok Ketitir, ulama pemegang panji jihad melawan Siam




Tok Ketitir Tanjung Patani atau nama sebenarnya Tok Guru Sheikh Haji Wan Mohamad. Seorang Ulama Tersohor Patani yang menjadi pembesar di zaman Tengku Lamidin /Raja Bendang Badang /Raja Patani pada tahun (1786M-1791M). Tok Ketitir banyak berjasa bersama sahabatnya Hulubalang Wan Pa@ Sheikh Haji Wan Mustafa yang juga merupakan seorang pembesar. Kerana jasa Hulubalang Wan Pa dalam perang patani ketika dizaman Sultan Muhammad (1776M-1786M) , Beliau dilantik sebagai Datuk Panglima Kaya oleh Ten Lamidin sekaligus merupakan Panglima Besar dizaman Tengku Lamidin.

Walaupun Tengku Lamidin adalah Raja Patani, Tetapi beliau ibarat Raja Boneka kerana perlantikannya dilantik oleh Raja Siam, Kuasanya terhad. Jauh di dalam hatinya telah tertanam perasaan sedih bercampur geram atas perbuatan Siam-Thai kepada orang-orang Melayu Patani. Dengan kerana itu baginda bersama Hulubalang Wan Pa dan Tok Ketitir bersama pembesar lainnya telah berazam akan menuntut bela kekalahannya dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-Thai.

Pada tahun 1789M, Tengku Lamidin mengutuskan surat kepada Raja Annam @ Ong Chieng Su (Raja Vietnam yang beragama islam) untuk mengajak bergabung menentang Kerajaan Siam-Thai, Tetapi malangnya Tengku Lamidin dikhianati surat itu dihantar oleh Raja Annam kepada Raja Siam di Bangkok, Maka terbongkarlah rencana Tengku Lamidin yang ingin menentang Kerajaan Siam-Thai.

Raja Siam yang sudah mengetahui rancangan Tengku Lamidin lantas menyuruh panglimanya Phraya Kalahum menangkap Tengku Lamidin , Tetapi dalam masa itu juga Tengku Lamidin telah siap melengkapkan bala tenteranya. Lalu berangkatlah dengan angkatan tenteranya itu menyerang negeri Tiba manghalau orang-orang Siam-Thai di situ. kemudian terus menyerang masuk ke jajahan Cenak dengan senang dan akhirnya sampai ke Singgora manakala sampai baginda di Singgora bertempurlah baginda dengan angkatan orang-orang Siam-Thai yang sedang berkubu di Kampung Bukit Anak Gajah lalu berperanglah di situ beberapa hari lamanya.

Berita serangan orang-orang Melayu ke Singgora itu telah sampai kepada Raja Siam-Thai di Ligor lalu dia menghantar bantuan tenteranya menolong orang-orang Siam-Thai Singgora. Serangan orang-orang Melayu yang di bawah pimpinan Tengku Lamidin itu kian lama semakin kencang akhirnya pertahanan orang-orang Siam-Thai Singgora dan Ligor pun melarikan diri ke negeri Phatalung, tetapi terus juga diburu oleh orang-orang Melayu itu sehingga berlaku pula peperangan di negeri Pathalung.

Dalam hal yang demikian sampailah angkatan panglima Phraya Kalahum dari Bangkok yang bertujuan hendak menangkap Raja Patani @ Tengku Lamidin. Lalu angkatannya masuk bersatu dengan Raja Singgora dan Raja Ligor bersama-sama menahan serangan Tengku Lamidin bersama orang-orang Patani itu. Pasukan Tengku Lamidin terus berperang sehinggalah 3 tahun, sehinggalah kedua pasukan terpaksa berundur seketika, Pasukan Melayu Patani bertahan di Kota Perawan.




Oleh kerana angkatan orang-orang Siam itu telah berkumpul dari tiga angkatan besar jadilah mereka lebih banyak daripada orang-orang Melayu dan mereka mula mengatur strategi menyerang dengan tiga kekuatan bala tentera Ligor dan Singgora . Kesudahannya Kota Perawan itupun dapatlah dikepung oleh orang-orang Siam dan mereka menyekat segala perhubungan orang-orang Melayu itu dengan rakan-rakannya yang ada di luar kota. Dengan hal yang demikian pertahanan orang-orang Melayu itu pun lemah akhirnya Kota Perawan itu terjatuh ke tangan orang-orang Siam dan Tengku Lamidin pun dapat ditangkap oleh orang-orang Siam pada tahun 1791M.

Kemudian baginda telah dihukum bunuh atas kesalahannya menderhaka kepada Raja Siam-Thai di Bangkok. Setelah itu orang-orang Melayu pun berpecah belah membawa diri masing-masing. Begitu jua dengan Tok Ketitir dan Hulubalang Wan Pa yang ketika itu selamat dari serangan besar-besaran siam. Kekalahan ini ialah berlaku dalam tahun 1791M iaitu kekalahan yang kedua di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani.

Orang-orang Siam-Thai Laknatullah itu pun masuklah ke dalam Kota Perawan menangkap dan membunuh orang-orang Melayu serta merampas segala harta benda mereka. Setelah puas mereka bermaharajalela membunuh, merogol dan sebagainya, Mereka pun kembalilah ke Singgora dengan membawa beberapa orang-orang tawanan Melayu. Walaupun pasukan Melayu Patani tewas tetapi mereka dapat memberi tentangan yang hebat apabila mengalahkan pasukan siam dari Wilayah tiba, Chenok hingga ke Singgora. sehinggakan Pasukan Siam bergabung dengan kekuatan bala tentera Raja Singgora dan Ligor.

Kemudian Raja Siam melantik pula pengganti Tengku Lamidin yakni Datu Pengkalan sebagai Raja Patani. Datuk Hulubalang Wan Pa bersama Tok Ketitir yang selamat terus berperanan dalam kerajaan Patani. Kekalahan mereka bersama Tengku Lamidin tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang. Mereka sekali lagi telah berpakat untuk menyerang orang Siam secara mengejut pada 1808M . Ketua orang Siam, Laksamana Dajang terpaksa lari ke Singgora dan meminta bantuan dari Bangkok. Raja Singgora dan Raja Ligor pula menghantar tentera, lalu Datu Pengkalan, Datu Pujud, Datu Sai dan datu-datu yang lain telah disatukan oleh Datuk Panglima Kaya Hulubalang Wan Pa untuk menghadapi serangan Siam.

Setelah berperang habis-habisan selama beberapa bulan, orang Siam telah kalah lalu mereka berundur ke Singgora dan Laksamana Dajang terpaksa lari ke Ligor. Ekoran kekalahan ini, Phraya Kalahum telah membawa tentera dengan kapal perang ke Patani, di samping tentera Siam dari Singgora dan Ligor. Pertempuran berlaku di Baruh Laguni dan Kota Kerisik. Siam berjaya membunuh Datu Pengkalan dan orang Melayu Patani kalah lagi.

Kesan daripada kekalahan inilah, Siam mengambil langkah baru yang lebih keras. Pertama, mereka melantik orang Cina-Siam, Nai Kwan Sai, anak raja Chenok sebagai raja Patani yang menyebabkan kedaulatan tercabut dari orang Melayu. Kedua, pada 1816M, Siam telah memecahkan Patani kepada dua kawasan. Tujuh wilayah utara dari Tiba hingga Singgora diletakkan di bawah Ligor, manakala tujuh wilayah lagi dipecahkan dengan raja masing-masing, diletakkan di bawah Nai Phai, Raja Jering.

Bissirril Fatihah.

Sumber : Tengku Daeng Mawelle



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom