Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah mata wang nilai 1,000 di Tanah Melayu









Pada awalnya, matawang awal Tanah Melayu disebut Dollar Selat, kemudian diganti dengan Dollar Tanah Melayu (Dollar Malaya) menggunakan wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya, yang ditubuhkan pada 1938. Dollar Malaya merupakan matawang yang digunakan oleh tanah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei sehingga tahun 1953.

Matawang ini diperkenalkan pada 1939 bagi menggantikan Dollar Selat pada nilai par dengan 1 Dollar Malaya bersamaan dua syiling empat pence sterling. Kedua-dua perkataan “Dollar” dan “Ringgit” tampil pada reka bentuk wang kertas untuk setiap denominasi. Perkataan Dollar pula muncul dalam tulisan Roman dan Ringgit dalam huruf Jawi.

Dollar Malaya telah dikeluarkan oleh Lembaga Matawang Malaya dan ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Dollar Malaya terpaksa menghentikan pengeluarannya. Operasi Lembaga Matawang Malaya telah berpindah ke London dan masih menerima tukaran Dollar Malaya dari orang tertentu sahaja.

Para penduduk Tanah Melayu pula masih lagi menyimpan matawang lama tersebut kerana percaya peningkatan inflasi akan nerlaku di Semenanjung Tanah Melayu angkara kerakusan Jepun mengeluarkan matawang mereka sendiri dengan begitu banyak. Akhirnya, nota Jepun menjadi hampir tidak ternilai.

Selepas Pejabat Kolonial United Kingdom mengambil alih bidang kuasa ke atas Sarawak, Borneo Utara British (kini Sabah) dan Labuan, Lembaga Suruhanjaya Malaya itu telah diganti oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo pada 1952.

Pada tahun 1959 iaitu pada penghujung zaman penjajahan, sekeping wang kertas khas Malaya bernilai $1,000 (Seribu Ringgit) pernah diusulkan agar dicetak tetapi ia tidak mendapat kelulusan untuk dicetak. Wang kertas ini telah disahkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya dan British Borneo pada tahun tersebut dan mempunyai kualiti bukti fotografi arkib.

Namun asbab kegagalan wang kertas ini untuk dicetak tidak dapat dipastikan kerana kekurangan sumber maklumat. Walaupun selepas Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu tahun 1959, wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh Lembaga Matawang Malaya dan British Borneo tetap diedarkan sehingga tidak lagi sah dipergunakan pada 16 Januari 1969. Dikatakan bahawa sejak tahun 1961, Bank Negara Malaysia telah membuat aturan untuk mengambil alih pengeluaran matawang daripada Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo dengan mengeluarkan matawang sendiri dengan nilaian "Ringgit Malaysia".



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom