Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Maktab Perguruan Perempuan Melayu menggerak kaum ibu maju berbakti pada bangsa




Pada  tahun  1935,  Maktab  Perguruan Perempuan Melayu Melaka  telah dibuka khas untuk melatih guru-guru perempuan.  Pada  peringkat  awal  penubuhannya  maktab ini hanyalah  merupakan bangunan  rumah sakit  yang  telah  diubahsuai menjadi  sebuah  maktab.  Pada  akhir tahun 1939, sebuah sekolah perempuan di  Ujong  Pasir  telah diambil alih oleh  pentadbir  maktab dan dijadikan sebagai Sekolah Latihan.  Pada  peringkat  permulaannya,  pengambilan  pelatih  hanya  terhad  kepada  24  orang  bagi  sesi  pengambilan  bagi  setiap  tahun. 

Para  pelatih  yang  terpilih  ini  telah  diberikan  elaun  sebanyak  $3.00  sebulan  sepanjang  tempoh  dua  tahun  kursus  tersebut  dijalankan.  Pengetua  pertamanya  ialah  Puan  N.  Purdom yang kemudianya  telah  digantikan  dengan Puan M.  Lomas  dengan  dibantu  oleh  seorang  Penolong  iaitu  Cik  Fatimah  Musa.  Maktab  ini  menyediakan  sukatan  pelajaran  yang  lebih  menjurus  kepada  pelajaran  yang  melibatkan  urusan  rumahtangga  dan  penghidupan  di  rumah.  Antara mata  pelajaran  yang  disediakan  ialah  Kira-Kira, Bacaan Tulisan Jawi dan Rumi  serta Karangan Sejarah.  

Selepas  perang  ia  telah  ditambah  dengan kurikulum Bahasa Inggeris dan Agama Islam.



Sejak  tahun  1935,  maktab  ini  telah  menyediakan  pelatih-pelatih  untuk  mengajar   di sekolah  rendah  Melayu  sahaja  sehinggalah  pada  tahun  1973,  maktab  ini  telah  mula  menyediakan  pelatih  untuk  mengajar  di  sekolah  menengah  dan  rendah. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom