Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kes ragging pelajar sekolah yang terkenal Malaysia (1988)




Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur

Kes ragging di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki "senior" tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau "super senior" yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.

Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya 'upacara' tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani 'ujian', antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam 'upacara' pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani 'ujian' yang menyakitkan.

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada 'menyebabkan kematian' kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu 'menyebabkan kecederaan parah'. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: "the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old", "the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge"). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.




Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom