Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Jatuh dan bangunnya pesawat gergasi Airbus




17 tahun yang lalu, pesawat Airbus A380 dipersembahkan kepada khalayak di Toulouse, Perancis. 

Usaha penyelidikan oleh Airbus untuk membina pesawat komersil terbesar di dunia itu bermula sekitar 1998, sebelum projeknya secara rasmi diumumkan pada 1990, untuk mencabar dominasi Boeing 747 dalam pasaran pesawat perjalanan panjang. 

Selepas 15 tahun proses pembangunan, akhirnya prototaip akhir A380 dipersembahkan kepada khalayak pada 18 Januari 2005 di ibu pejabat Airbus di Occitanie, Toulouse. Ia membuat penerbangan percubaan pertamanya pada 27 April tahun itu. 

Airbus menghantar A380 kepada pelanggan pertamanya, Singapore Airlines pada 15 Oktober 2007 & 10 hari kemudian, ia mula ‘beraksi’ membawa penumpang. Sejak itu ia mula popular & pembikinannya semakin meningkat untuk memenuhi permintaan pasaran. 

Digelar ‘Superjumbo’, A380 dibina dengan 2 tingkat penumpang dari kepala sampai ke ekor pesawat itu, boleh memuatkan dari 525 orang hingga maksimum 853 penumpang. Ada 4 enjin (quadjet) yang dikuasakan oleh Engine Alliance atau Rolls Royce. 

Kemuncak kegemilangannya adalah pada 2012 ke 2014, di mana 30 buah pesawat A380 dibuat dalam tempoh setahun. Namun permintaannya merudum setelah industri penerbangan dunia di ambang kejatuhan dek pandemiik 20 19. 

Airbus mengumumkan pembuatan A380 berakhir bersama tahun 2021. Sebelum itu, pada 16 Disember, syarikat itu menghantar pesawat A380 yang ke-251 & yang terakhirnya kepada Emirates (pesawat A380 ke-123 dibeli syarikat penerbangan itu). 

A380 adalah antara pesawat digemari kerana keselesaannya, walaupun ada yang mendakwa ia tidak mesra alam. Sehingga Disember 2021, A380 telah mencatat lebih 800,000 penerbangan dalam 7.3 juta blok jam tanpa terlibat dalam sebarang nahas. 

Sumber: Airbus, Britannica, Business Insider




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom