Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Wali Allah yang gugur Syahid di bumi Melaka



Wali Allah Syeikh Syamsuddin al-Sumatra-i ( Meninggal dunia pada tahun 1630 )

Nama penuhnya ialah Syeikh Syamsuddin Bin Abdullah al-Sumatra-i. 

Awal pendidikannya secara terperinci tidak dapat diketahui, hanya diperkatakan bahawa beliau adalah murid kepada Syeikh Hamzah al-Fansuri. Ada juga pendapat menyebut bahawa beliau pernah belajar daripada Sunan Bonang, iaitu seorang Wali Allah di tanah Jawa.

Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i adalah seorang ulama yang menguasai bahasa Parsi dan pernah menjadi Qadi al-Malikul Adil atau Mufti Besar Aceh semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636)

Sebagaimana Syeikh Hamzah al-Fansuri berpengaruh kepada Sultan Iskandar Muda demikian juga halnya dengan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Sebarang urusan istana, Sultan Iskandar Muda sentiasa menyuruh orang memanggil Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu.

Demikian besar pengaruh Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i terlukis dalam Hikayat Aceh, “Hatta maka tatkala sampailah umur Sultan Husein Syah itu kepada 10 tahun, maka sabda Raja Iskandar Muda kepada Mahkota Dailamcai, “Panggil olehmu akan daku Syeikh Syamsuddin, dan kadi, dan Malikul Adil, dan Perdana Menteri, dan segala hulubalang!”.

Diantara karya penulisan beliau ialah :

1. Tanbihut Thullab fi Ma'rifati Mulkil Wahhab
2. Jawahirul Haqaiq
3. Risalatul Baiyin Mulahazatil Muwahhidin ‘alal Muhtadi fi Zikrillah
4. Kitabul Khirqah
5. Nurud Daqaiq
6. Mir-atul Iman
7. Mir-atul Mu’minin
8. Syarah Mir-atil Qulub
9. Mir-atul Haqiqah
10. Mir-atul Muhqqiqin
11. Risalah Jawami’il ‘Amal
12. Anwarud Daqaiq fi Kasyfi Asrarir Raqaiq
13. Da-iratul Wujud
14. Risalah Kasyfi Asraril Wujud
15. Bayanul Qulub
16. Risalah Pada Menyatakan A‘yan Tsabitah
17. Risalah Mitsalil Wujud
18. Risalah Pada Menyatakan Kelebihan Insan Daripada Sekalian Alam Yang Lain.
19. Kasyfu Sirrir Rububiyah fi Kamalil ‘Ubudiyah
20. Risalah Masa-il ‘llmil Haqiqah
21. Haqiqah as-Shufi
22. Haqqul Yaqin fi ‘Aqidatil Muhaqqiqin fi Zikri As-raris Shufiyinal Muhaqqiqin
23. Syarah Ruba’i Syeikh Hamzah al-Fansuri
24. Taukidul ‘Uqud

Beliau meninggal dunia, gugur syahid pada tahun 1630 di Melaka dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Ketek.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Syeikh Wan Mohd Shaghir



KONGSIKAN:



  • Istana Nurul Iman : Tempat bersemayam diraja paling besar didunia

    Istana Diraja Sultan Brunei Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang juga merupakan ketua kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana Nurul Iman ini juga merupakan tempat per... Baca Selanjutnya

  • [Gambar] Nostalgia Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

     Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur yang mengambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hasrat penubuhan sekolah ini pada awalnya adal... Baca Selanjutnya

  • Ini kisah Iqbal, nyawanya terkorban demi menyelamatkan ribuan kanak-kanak

    Inilah kisah Iqbal Masih, seorang kanak lelaki berusia 10 tahun. Dia telah di jual oleh bapanya bagi melunaskan hutang dari pemilik sebuah kilang karpet yang besar di Pakistan dengan harga hanya beberapa penny.Kemudian Iqbal dikerah paksa untuk bekerja di kilang karpet. Tanpa penjagaan, makan minum yang tidak mencukupi, rehat dan tidur yang sangat ... Baca Selanjutnya

  • Sepuluh (10) fakta yang patut kita tahu pasal negeri Kedah

     1. Merupakan negeri yang mempunyai kerajaan terawal di Malaysia (kerajaan Kedah Tua) bermula pada kurun pertama Masihi lagi. Namun secara umumnya, kerajaan Langkasuka ( asal kepada kesultanan Kedah hari ini) dikatakan dibina pada kurun ke-2 Masihi.2. Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Merong Mahawangsa dan merupakan sebuah kerajaan Melay... Baca Selanjutnya

  • Tragedi 18 September 1931 : China memperingati peristiwa kejatuhan Manchuria

    Peristiwa malam 18 September 1931. Tentera Jepun telah meningkatkan penguasaannya ke atas Asia dengan memperluas wilayah ketenteraannya.  Mereka telah merebut Semenanjung Korea dan Taiwan seterusnya mara  ke Manchuria.Manchuria adalah lokasi yang strategik.  Orang Jepun merasakan bahawa kawasan itu tidak hanya diperlukan untuk memper... Baca Selanjutnya

 

Promosi termurah di Tik Tok seluar cargo 100% catton 6 poket

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom