Foo Yet Kai adalah seorang hartawan yang cukup dikenali dan dihormati dengan sikapnya yang pemurah di negeri Perak khususnya di kawasan Ipoh pada zaman kegemilangannya. Kisah kejayaan mendiang Foo Yet Kai wajar sepatutnya dijadikan inspirasi buat ramai peniaga di luar sana yang mana bermula dari bawah untuk mencapai kejayaan.
Foo Yet Kai dilahirkan di Batu Gajah, Perak dalam pada tahun 1907. Pada ketika usia 3 tahun dan setelah bapanya meninggal dunia, Foo Yet Kai dibawah oleh ibunya untuk pulang ke kampung asal halamannya iaitu kampung Yunting yang terletak di kawasan Fujian, China.
Di kampung itulah mendiang Foo Yet Kai membesar dan banyak menghabiskan hidupnya dalam putaran ganas kemiskinan bersama-sama dengan ibunya yang tercinta. Pada waktu itu, ibu Foo Yet Kai bekerja di ladang dan pendapatan yang diperoleh dari kerjanya itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan membeli makanan harian mereka sekeluarga.
Kemiskinan bukanlah penghalang untuk terus menapak dan terus maju kehadapan. Mendiang Foo Yet Kai teguh menempuh segala dugaan dan cabaran hidup walaupun kehipan mereka daif dan amat susah.
Pada dalam tahun 1924 ketika usia mendiang Foo Yet Kai mencapai 18 tahun, Foo Yet Kai akhirnya telah kembali ke Tanah Melayu dan mula bekerja di sebuah lombong timah dengan mengikuti bapa saudaranya di sekitar Perak.
Foo Yet Kai gigih dan kuat bekerja mencari rezeki sehinggakan setelah bertahun-tahun menyimpan wang, akhirnya mendiang Foo Yet Kai punyai wang yang cukup untuk membuka syarikat perlombongan timahnya sendiri. Ternyata mendiang Foo Yet Kai adalah seorang yang bijak menguruskan wang walaupun asalnya hanya pekerja biasa di lombong timah syarikat lain.
Tidak cukup dengan membuka syarikat perlombongan timahnya itu, mendiang Foo Yet Kai mempelbagaikan perniagaannya ke sektor pertanian dan juga hartanah. Segala usaha dan kerja kerasnya berbaloi dan terbayar dengan kejayaan yang dikecapinya selepas berjaya menjadi seorang hartawan terkenal di Ipoh, Perak.
Mendiang Foo Yet Kai juga ada membeli Villa Chung Thye Phin dan mendiang telah menjadikan villa tersebut sebagai sebuah hospital swasta yang dikenali sebagai Hospital Our Lady.
Hospital tersebut diuruskan oleh Sisters of the Franciscan Missionaries of the Divine Motherhood sejak dalam bulan April 1964 sehingga dalam bulan Januari 1983.
Hari ini, kawasan asal hospital tersebut dikenali sebagai KMC Medical Centre dan disana ada disediakan rawatan secara percuma untuk pesakit yang dijaga dan ditanggung kos perubatan oleh Yayasan Foo Yet Kai.
Dalam bidang pendidikan pula, mendiang Foo Yet Kai tidak melepaskan peluang dalam menderma untuk menubuhkan Sekolah Tinggi Shen Jai di Jalan Bendahara pada tahun 1958. Pembinaan sekolah tersebut didedikasikan untuk memperingati ayahnya yang telah meninggal dunia lama dahulu iaitu Foo Kan Yik.
Namun di penghujung hayatnya telah berlaku satu kejadian yang amat tragis. Mendiang Foo Yet Kai telah ditembak mati oleh perompak yang sedang buat rompakan di rumahnya pada tahun 1961. Pembunuhnya seorang orang cina dari Melaka telah menerima hukuman gantung sehingga mati.
Nama sebatang jalan di sebelah pusat beli belah The Store di Ipoh telah didedikasikan sempena nama Foo Yet Kai sebagai ingatan. Foo Yet Kai, cukup terkenal dan sentiasa diingati sebagai seorang individu yang pemurah dan sentiasa menjaga kebajikan.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: