Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengapa Sabah masih diancam militan Sulu




Baru-baru ini, media asing melaporkan bahawa satu perjumpaan oleh 19 datuk bandar di Filipina telah me nyuarakan sokongan mereka agar Sabah 'dikembalikan' semula kepada Filipina walaupun mungkin dengan cara kekerasan.

Berita itu kemudiannya disangkal se bagai tidak benar. Menurut Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hazani Ghazali, perjumpaan tersebut sebenarnya adalah satu perbincangan mencari jalan terbaik bagi menangani ancaman peng ganas di dalam Filipina atau kawasan mereka sendiri.

Setelah berlalunya insiden pen cerobohan Lahad Datu pada 2013, mungkin ramai tidak mengetahui atau memahami kenapa tuntutan Filipina terhadap Sabah tidak pernah reda dan diibaratkan sebagai 'api di dalam sekam'.

Tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah boleh diibaratkan sebagai satu permainan wayang kulit oleh Filipina. Kepimpinan politik di Manila adalah tok dalang sebenarnya yang sekian lama secara halus mempergunakan bangsa-bangsa berbeza di Selatan Filipina seperti bangsa Tausug sebagai alat untuk mendapatkan Sabah.

Dengan cara itu, Manila akan dapat menyelamatkan diri daripada dikecam apabila berlaku insiden seperti pencerobohan di Lahad Datu memandangkan yang melakukan kegiatan itu adalah militia atau kumpulan 'pengganas'.

Umum juga mungkin hairan kenapa rakyat di Selatan Filipina begitu terdesak sehinggakan sanggup bergadai nyawa menceroboh Lahad Datu untuk cuba mendapatkan hak milik tanah, kononnya milik mereka hingga mengakibatkan ramai ditangkap dan terkorban.

Bagi memahami kenapa bumi Sabah dilihat begitu kritikal kepada Manila, kita perlu faham mengenai apa yang kini di hadapi oleh setiap kerajaan yang dilantik untuk menerajui negara pulau tersebut.

Walaupun sebuah republik, Filipina sebenarnya mempunyai corak kehidupan sosial lebih mirip kepada sebuah negara feudal. Sebahagian besar kekayaan dan hak milik tanah dimiliki oleh tuan-tuan tanah tradisional sejak turun temurun.

Pada 1998, 90 peratus daripada keseluruhan tanah di Filipina dibolot oleh hanya 10 peratus pemilik tanah. Maknanya, 90 peratus daripada penduduk Filipina tidak memiliki sebarang tanah milik sendiri!

Pada 2017, dalam kajian oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) mendapati hanya sepertiga penduduk negara itu mempunyai hak milik hartanah mereka duduki dan hanya 10 peratus penduduknya memiliki tanah sendiri untuk pertanian.

Walaupun duduk di tanah subur untuk pertanian, 38 peratus kanak-kanak luar bandar Filipina mengalami masalah tumbesaran terbantut. Setiap seorang daripada lima penduduk Filipina di kategorikan sebagai hidup di bawah ta hap kemiskinan tegar.

Dengan jumlah penduduk semakin meningkat, keluasan tanah pulau dan hak miliknya yang terhad kepada golong an kaya dan keluarga ahli politik, rakyat marhaen serta petani Filipina berasakan diri semakin tersepit.

Setiap ahli politik di Filipina yang berjaya menguasai negara itu telah dan akan terus menggunakan isu pembahagian dan program agihan tanah kepada rakyat biasa serta petani sebagai manifesto untuk mencapai kemenangan pilihan raya.

Sehingga hari ini, pembaharuan dan undang-undang yang cuba dilaksanakan untuk mengagihkan tanah kepada rakyat biasa dan petani terus menemui jalan buntu. Petani yang cuba menuntut hak ke atas tanah seperti dicanangkan oleh program-program kerajaan telah me nerima ancaman dan ugutan.

Malah, pada 2014, seramai 664 pe tani diberitakan telah dibunuh militia dan orang upahan kerana cuba memper tahankan hak mereka.

Sabah yang mempunyai keluasan dan kesuburan tanah menghijau tentunya mampu memberikan harapan kepada Manila dalam mencari penyelesaian singkat bagi masalah mereka hadapi berkaitan agihan tanah kepada rakyatnya.

Seperkara yang menarik selepas ke kalahan pasukan militia Kesultanan Sulu yang hampir keseluruhannya berbangsa Tausug di Lahad Datu pada 2013, tente ra Filipina sendiri kini berminat melatih dan telah menubuhkan pasukan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pe muda Tausug dari Sulu.

Pasukan pertama seramai 237 orang telah menamatkan latihan pada 2020 dan tahun ini, 245 orang lagi telah menamat kan latihan.

Apakah ia satu lagi permainan ba haru tok dalang Manila? Hanya masa dan keadaan akan menentukannya.

Rujukan : Sinar Harian 13 Disember 2021




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom