Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Abu Umamah dibelenggu hutang, dan ini yang di ajar oleh Rasulullah SAW




Apabila sahabat baginda (Abu Umamah) dibelenggu hutang, Rasulullah S.A.W tidak mengajarkannya doa agar meminta 10,000 dinar kepada Tuhan. Sebaliknya, baginda mengajar satu doa agar memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

Melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”


Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

Setelah Abu Umamah membaca doa ini, masalah dan hutang yang dihadapinya dapat diselesaikan dan dipermudahkan Allah Taala.. 

Jika difahami dari hadis ini, setiap masalah yang melanda hidup kita baik buruk mahupun sebaliknya, kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain. 

Lihatlah diri kita, cerminlah diri kita sedalam-dalamnya. Perbaiki hubungan kita sesama sesama manusia kerana ia juga merupakan salah satu punca rezeki kita. Berbuat baiklah kepada semua manusia di sekeliling kita. Berlaku adil lah kepada manusia yang memerlukan keadilan dari kita.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom