Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Pak Da Eil, pewaris perjuangan Pondok Semela


Tuan Guru Pak Da Eil Semela al-Fathani, Pondok Semela ( 1900 - 1963 )

Oleh : Tengku Yusuff 


Nama sebenar beliau ialah Syeikh Wan Ismail Bin Wan Ahmad dan beliau dilahirkan pada tahun 1900. Ayahnya yang bernama Syeikh Wan Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Tok Semela Tua adalah merupakan pengasas kepada Pondok Semela yang ditubuhkan penghujung abad ke 19.

Di antara guru kepada tokoh ini ialah Tok Bermin al-Fathani. 

Setelah kewafatan ayahnya, beliau menjadi penyambung warisan sebagai peneraju Pondok Semela.

Di antara anak murid beliau ialah Tuan Guru Baba Yeh Tok Jong dan Tuan Guru Baba Wan Ali al-Jambui

Dikatakan bahawa Pak Da Eil Semela dikurniai beberapa karomah. Antara yang diriwayatkan ialah sesiapa sahaja yang berniat jahat lalu dikawasan pondoknya pasti akan ditimpa musibah.



Pak Da Eil Semela wafat pada tahun 1963 ketika berusia 63 tahun tepat pada hari Maulidur Rasul dan jenazahnya dimakamkan di Kampung Semela, Patani.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Sumber - Buku Ulamak Besar Dari Patani

Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom