Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Yeop Majlis, guru agama yang disegani di Perak



Tuan Guru Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid, Lambor Kanan ( 1901 - 1979 )

Oleh : Tengku Yusuff 



Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Yeop Majlis Bin Pandak Mohid Bin Tok Gembira Kulop Lokeh Bin Tok Gembira Kulop Karim Bin Imam Anjang dan beliau dilahirkan di Lambor Kanan, Perak pada tahun 1901. Ibunya bernama Teh Tiah. 

Datuknya, Tok Gembira Kulop Lokeh merupakan seorang tok mudim dan juga pegawai Istana Sultan Perak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lambor Kanan selama beberapa tahun. Seterusnya beliau memasuki Pondok Lambor Kanan. Selepas itu, Tuan Guru menyambung pengajian di Madrasah Ehsaniah Teluk Intan selama 8 tahun. Selesai menuntut disana, beliau menyambung pendidikannya di Pondok Tualang Sekah, Malim Nawar dan akhirnya di Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam. 
 
Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Mokhtar Pondok Lambor Kanan
2. Tuan Guru Haji Buyong
3. Tuan Guru Haji Mohd Yasin
4. Tuan Guru Haji Ismail Bandar
5. Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi
6. Tuan Guru Haji Mohd Yunus Malim Nawar
7. Syeikh Salleh Masri

Tuan Guru Haji Yeop Majlis muncul sebagai guru agama yang disegani bukan saja di kampung asalnya di Kampung Teluk Pedayung, Lambor Kanan, Parit dan di kampung isteri keduanya di daerah Teluk Intan, tetapi juga di seluruh Perak.
 
Madrasah peninggalan beliau masih terdapat di pekarangan kediamannya di Kampung Teluk Pedayung.
 
Beliau meninggal dunia ketika berusia 78 tahun dan disemadikan jasadnya di tanah perkuburan Islam Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin









Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom