Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tragedi November 1821, rakyat Melayu Kedah diseksa kejam oleh tentera Siam




tarikh berdarah 12 November 1821 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh seluruh rakyat Melayu negeri Kedah kerana pada detik itulah Kota Kuala Kedah diserang dan dijarah setelah 5 bulan Pulau Langkawi dimusnahkan.

Setelah menyerang Kota Kuala Kedah dan membunuh seluruh penduduk kota tersebut, angkatan Ligor telah melakukan pelbagai jenis penyeksaan kepada orang-orang Melayu yang berjaya ditawan.

Sesungguhnya peristiwa inilah yang paling kejam sekali dan tidak dapat digambarkan kesedihan dan penyeksaan sepanjang tempoh pendudukan Siam di Kedah. 

Selain daripada wanita dirogol, para lelaki di pasung atau dipenggal kepala. Terdapat bentuk penyeksaan yang lain dikenakan keatas mereka yang tertewas itu.

Para banduan juga diseksa dengan cara memasak banduan hidup-hidup di dalam pokok yang berlubang dengan mangsa dibogelkan dan tangan terikat ke belakang. Mangsa diletakkan di dalam lubang itu dan lemak diletakkan atas kepala mereka. Lubang dan pokok itu kemudiaanya dilumur dengan lumpur agar pokok tersebut tidak terbakar dan mangsa dibiarkan masak hingga mati.

Ada juga mangsa yang di bawa ke kuala sungai yang berlumpur dimana di tempat itu mempunyai pokok-pokok yang baru tumbuh dan sangat tajam. Mangsa diletakkan dalam kedudukan bersila dan dibiarkan hingga usus mereka ditembusi hingga mati.

Terdapat pelbagai lagi bentuk penyiksaan ketas mereka yang tidak pernah diceritakan kepada umum namun pernah dicatatkan oleh penjajah barat ratusan tahun dulu. Ikuti posting-posting dari kami untuk info yang lebih lanjut.



Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom