Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sultan Zainal Abidin III, sultan berjiwa ulama Terengganu bergema dengan zikrullah




Sultan Zainal Abidin III (1881-1919) yang masyhur dengan kesolehan dan keilmuannya telah membawa Terengganu dalam satu era kemajuan rohani yang begitu tinggi. Baginda bukan sahaja seorang Sultan, malah baginda juga seorang ulama di mana baginda turut menjadi guru agama yang mengajar rakyat jelata.

Sultan Zainal Abidin III telah mengaji banyak kitab-kitab agama dengan para ulama Terengganu terutama Tokku Paloh, Habib Umar dan Haji Wan Muhammad (anak Tok Syeikh Duyong).Maka tidak hairanlah jemaah menteri zaman pemerintahannya juga kebanyakannya adalah ulama.

Di samping itu, Sultan Zainal Abidin III juga mengamalkan tarekat Naqsyabandiyah yang dipelajari dari Tokku Paloh. Di Terengganu, jarang dijumpai kanak-kanak yang sampai umur belum khatam Al-Quran dan jarang juga ditemui kanak-kanak yang tidak tahu membaca dan menulis Jawi.

Gabungan pemerintahan Sultan dan para ulama yang soleh telah mewujudkan keamanan yang sejati. Tidak banyak kejadian jenayah yang berlaku di Terengganu. Pada ketika itu, jumlah penduduk Terengganu sekitar 154,073 orang. Namun terdapat lebih kurang 50 orang sahaja banduan penjara.

Disebabkan Terengganu dipimpin oleh Sultan dan ulama sufi, maka mereka telah mewujudkan majlis-majlis zikir sehingga Terengganu larut dalam suasana zikrullah. Hal ini diakui oleh Residen British di Pahang yang bernama Hugh Clifford yang mana beliau menggambarkan keadaan dan suasana Islam yang kuat di Terengganu ketika zaman Sultan Zainal Abidin III.

Hugh Clifford mengatakan bahawa ketika itu, Terengganu dipenuhi dengan alim ulama dan segala teriak tangis tenggelam dalam bunyi orang bersembahyang dan berzikir.





Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom