Terdapat sejenis batu yang dinamakan Pumice Rock atau Pumice Stone, akan timbul bukan tenggelam apabila ia diletakkan di dalam air.
Batu unik ini secara fizikalnya berwarna terang, berliang dan ringan berbanding batu-batu lain.
Pumice Rock terbentuk bersama mineraloid, selepas berlakunya letusan gunung berapi ketika lava keluar daripada kawah gunung.
Pumice Rock bersifat vesikel yang bermaksud memiliki banyak ruang udara dan memiliki tiga komposisi utama iaitu riolit, basalt & andesit.
Proses apungan batu ini di dalam air berlaku dalam tempoh tertentu mengikut saiz batu.
Lebih besar saiz batu, lagi lama akan terapung dipermukaan air kerana mengandungi lebih banyak gelembung udara sebelum tenggelam.
Batu ini mendapat permintaan tinggi dipasaran kerana ia digunakan sebagai produk pengilat kuku, skrub muka dan kaki dan banyak lagi.
Pumice Rock merupakan satu-satunya batu yang berupaya untuk terapung di dalam air.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: