Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pesanan terakhir Tuan Guru Haji Yusof Pondok Sungai Bakap


Tuan Guru Haji Yusoff, Pondok Sungai Bakap ( 1918 - 1979 )


Tuan Guru Haji Yusoff Bin Haji Saad dilahirkan di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim, Kedah pada tahun 1918. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Hajah Kalsom Binti Puteh iaitu adik sahabatnya, Tuan Guru Haji Talib Bin Puteh Penanti.

Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar seterusnya memasuki Pondok Guar Chempedak, Yan. Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas dan seterusnya memasuki Madarasah Manabiul Ulum. Akhir perjalanan menuntut ilmunya ialah ke Mekah.

Di antara guru gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdullah Sanap
2. Syeikh Abdullah Fahim
3. Tuan Guru Haji Abdul Majid Guar Cempedak
4. Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti

Pada tahun 1953, beliau telah membuka sebuah pondok pengajian yang diberi nama Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah di Sungai Bakap, Pulau Pinang yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.

Antara pesanan terakhir kepada anak muridnya ialah: " Aku mengajar supaya kamu boleh belajar "

Tuan Guru meninggal dunia pada 20 November 1979 ketika berusia 61 tahun dan dikebumikan di Masjid Baru Sungai Bakap.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin












Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom