Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

 #FREE_PALESTINE

Menjejak terowong lama di Bukit Melaka



Sejak tahun 60-an lagi telah terdapat "cakap-cakap" dari kalangan masyarakat setempat mengenai kewujudan terowong lama atau laluan bawah tanah di sekitar Bukit Melaka (Bukit St. Paul). Antara yang sering didengari ialah terdapat terowong dari Bukit Melaka ke Bukit Senjuang malah ada juga mendakwa terdapat laluan dari Bukit Melaka hingga ke Pulau Besar. 

Cerita-cerita sebegini masih tiada bukti fizikal yang boleh dijadikan sandaran.  Cuma di dalam catatan-catatan lama seperti Hikayat Munsyi Abdullah, catatan Portugis dan lain-lainnya ada menyebut terowong, laluan, ruang bawah tanah yang terdapat sekitar Bukit Melaka. Namun sayangnya, sehingga kini masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Justeru, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah bekerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) di bawah Inisiatif Teknologi Tinggi Sentuhan Rendah sedang menjalankan kajian untuk menjejaki terowong dengan menggunakan segala teknologi terkini yang boleh diguna-pakai. 






Kerjasama ini melibatkan agensi-agensi di bawah MOSTI seperti Agensi Nuklear Malaysia dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta turut melibatkan penyelidik dari universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Pada peringkat awal ini, satu penyelidikan dijalankan oleh pihak MYSA dengan kaedah resistiviti bagi mengesan sebarang unsur-unsur di bawah tanah. Sebanyak 8 lokasi di sekitar kawasan bukit ini telah diuji dengan kaedah resistiviti. Projek penyelidikan oleh MYSA telah dijalankan pada 15 - 19 November 2021 dan masih dalam pemprosesan data. 










Semoga suatu hari nanti, melalui kajian dan penyelidikan menggunakan teknologi tinggi ini dapat merumuskan sama ada terdapat terowong atau laluan bawah tanah di sekitar Bukit Melaka atau sebaliknya.




KONGSIKAN:



  • Sebuah rumah agam terbiar di Pekan Beruas, Perak

    Sebuah rumah agam , besar dan megah pernah terbina di pekan Beruas, Perak.  Pemiliknya dikatakan satu keluarga kaya   di abad ke 19. Rumah ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Setelah pemiliknya sudah tiada, rumah agam peninggalan ini telah dijadikan Markas Persatuan Sejarah tempatan sehinggalah tahun 2015 ia mulai k... Baca Selanjutnya

  • Gambar bersejarah 1918 dihadapan bangunan MAIK

    Gambar ini diambil pada tanggal 20 September 1928 dihadapan bangunan MAIK ini.Duduk dari kiri ke kanan :1. Wali Allah Tuan Guru Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad @ Tok Kenali2. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Ahmad @ Za'aba3. Dato' Bentara Luar Megat Uthman 4. Encik Muhammad Adnan Arifin (editor Pengasuh)Berdiri tengah dari kiri ke kenan :1. Tidak dik... Baca Selanjutnya

  • Koleksi gambar Pembantu Tadbir berpiket menuntut hak

    Pada tahun 1985, kesatuan kerani (Pembantu Tadbir) berpiket menuntut pelarasan gaji. Tahun 2024, komrad terus berjuang menuntut penambahbaikan skim Pembantu Tadbir untuk kenaikkan gred.AUEGCAS : Gabungan Kesatuan Pembantu Tadbir Baca Selanjutnya

  • Sejarah panjang Dewan Pemuda PAS dalam kebangkitan pemuda Haraki

    Dewan Pemuda PAS bermula dengan namanya Dewan Pemuda Islam ditubuhkan pada tahun 1953, dipimpin oleh Ustaz Ahmad Badawi, seorang guru agama yang dikenali di sebelah utara Semenanjung. Ramai kalangan aktivisnya pada dekad 50an ialah para penggerak sekolah agama rakyat seperti Ustaz Hasan Adli, Ustaz Yunus Yatimi , Ustaz Baharuddin Latif dan lain-lai... Baca Selanjutnya

  • Raja Petra dan keluarga Diraja Kesultanan Selangor

    Selangor Royal Office10 September 2024 DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah buat keluarga dan waris Allahyarham Raja Petra bin Raja Kamarudin yang telah meninggal dunia pada 9 September 2024 di Manchester, United Ki... Baca Selanjutnya

FOLLOW KAMI SEKARANG DI TIK TOK

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom