Pada 27 September 2017 pihak polis di Rajkot India telah menerima panggilan kecemasan mengenai satu kes bunuh diri seorang pesara guru wanita berusia 64 tahun Jayshree Nathwani di sebuah apartment berdekatan Nanavati Chowk. Menurut anak lelaki wanita terbabit Sandeep Nathwani,ibunya ada memberitahu bahawa dia ingin ke tingkat atas apartment tersebut untuk sembahyang. Jayshree dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Selepas siasatan dijalankan polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh diri. Sehinggalah 3 bulan kemudian iaitu pada Januari 2018,bilik kawalan polis di Rajkot menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali meminta polis untuk siasat semula kes bunuh diri melibatkan mangsa Jayshree Nathwani. Menurut pemanggil yang tidak diketahui namanya itu , Jayshree bukanlah seorang yang mampu berjalan sendiri kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala. Individu itu juga meminta agar polis melihat semula rakaman CCTV pada hari kejadian di apartment terbabit.
(Ada juga laporan yang mengatakan polis menerima maklumat menerusi surat dari pengirim yang tidak diketahui)
Selepas meneliti rakaman CCTV pada hari kejadian,pihak polis terkejut dengan apa yang mereka lihat. Di dalam rakaman CCTV pada 27 September 2017 menunjukkan Sandeep memimpin ibunya yang lemah untuk naik ke tingkat atas apartment dan dia kemudian turun seorang diri memasuki rumahnya.
Sedikit tentang Sandeep Nathwani,dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang Profesor di Mody Pharmacy College di Rajkot,Gujarat. Sandeep yang sudah berkahwin dan mempunyai anak dikatakan sering bertengkar dengan isterinya kerana ibunya.
Selepas melihat rakaman CCTV pihak polis telah menahan Sandeep bagi membantu siasatan. Dalam soal siasat yang dijalankan,Sandeep pada mulanya mengaku ada membawa ibunya naik ke tingkat atas apartment untuk sembahyang,setelah pihak polis memberi tekanan akhirnya dia mengaku membunuh ibunya dengan menolak mangsa dari tingkat 4. Dia mengaku bosan dan penat menjaga ibunya yang sakit ditambah dengan sikap mangsa yang sentiasa inginkan perhatian. Sandeep mengharapkan ibunya mati berikutan keadaan kesihatan Jayshree yang merosot. Menurut Sandeep ibunya sebelum ini tinggal di Jamunagar tetapi telah datang menetap dirumahnya setelah kesihatan ibunya yang tidak menentu selepas menjalani pembedahan beberapa hari sebelum pembunuhan. Dia juga sering bertengkar dengan isterinya semenjak kehadiran ibunya di rumah mereka.
Pada 19 Jun 2021 mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Sandeep Nathwani kerana membunuh Jayshree Nathwani.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: