Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Inilah benteng terakhir pelarian Vietnam




Emas Kim Thanh yang seberat 15 gram yang dibawa oleh pelarian Vietnam sewaktu perang tahun 1970an dulu merupakan benteng terakhir bagi mereka menuju negara-negara kaya di Barat untuk mereka memohon suaka.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tiada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni. 

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Emas Kim Thanh



Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan! 

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta, termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong! namun tidak bagi emas
Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...



KONGSIKAN:


Ads Bottom