Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

"Ya, dialah yang baca talqin masa Allahyarham P Ramlee dikebumikan"


[IKLAN] CARA MUDAH BUAT DENGAN SHOPEE Nak buat duit dengan shopee tanpa ada produk sendiri? sertai SHOPEE AFFILIATE PROGRAM sekarang. Anda mampu menjana pendapatan dengan hanya kongsikan link produk sahaja. Daftar sekarang KLIK DI SINI



Seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi, hari Selasa, 29 Mei 1973. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pelakon, Allahyarham M.Rajoli, atau nama sebenarnya Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain adalah individu yang telah membacakan talkin di hari pengebumian tersebut. Pada ketika itu M.Rajoli berusia 28 tahun dan sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Kampung Baru.

Ketika talkin dibaca oleh M.Rajoli barulah masyarakat pada ketika itu mengetahui nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, setelah disahkan oleh abang tiri Allahyarham, Syeikh Ali.

Teks : HAR

Sumber : 

Sesi temubual bersama Allahyarham M.Rajoli, 2003, Finas.
Pustaka Peringatan P.Ramlee
Arkib Negara Malaysia
Syeikh Ali

Info Gambar : M.Rajoli (kanan hadapan) memakai sarban.


Allahyarham M Rajoli





Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:


Ads Bottom