Ada satu sifat yang aneh pada diri Tok Kenali. Semasa beliau menimba ilmu di tanah suci Mekah, setiap kali berpeluang, Tok Kenali akan membeli apa sahaja kitab yang akan diajar atau tidak diajar oleh gurunya.
Akan tetapi apabila hadir ke kelas, Tok Kenali tidak membawa sebarang kitab, kolam, mahupun buku tulis. Orang-orang yang melihat keanehan sikap beliau itu menganggapnya seorang yang pemalas.
Sebaliknya bagi Tok Kenali, tindakannya yang dianggap aneh itu adalah satu kejayaan yang besar.
Ini kerana setiap kali sebelum beliau hadir ke kelas, semalaman beliau akan membaca, mengkaji dan telah menghafal terlebih dahulu bab dan ilmu-ilmu yang akan dihuraikan oleh gurunya pada keesokan harinya. Cara memahami, mentelaah kitab dan menghafal sebelum belajar adalah lebih berhasil. Oleh kerana itulah setiap kali ke kelas, Tok kenali hanya menadahkn telinga saja dan mendengar setiap huraian daripada gurunya tanpa membawa sebarang kitab, kerana semuanya telah dihafal oleh beliau.
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: