Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

[Gambar] Nostalgia Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


 

Sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada tahun 1904. Uniknya, UTM bermula dari sebuah sekolah teknik yang dikenali sebagai Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur yang mengambil sempena nama Sir William Treacher, Residen General Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Hasrat penubuhan sekolah ini pada awalnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja dalam bidang teknikal iaitu Pembantu Teknik untuk berkhidmat di Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keretapi, Tanah Melayu. Pada tahun 1942 Sekolah Teknik Treacher telah dinaikkan taraf menjadi Maktab Teknik pada tahun 1951. Maktab ini telah dipindahkan di kawasan seluas 47 ekar di Jalan Gurney (Jalan Semarak), Kuala Lumpur. Pada 1 Mac 1955 Maktab Teknik yang baru dibuka secara rasmi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Akibat dengan perkembangan kurikulum ini, Maktab Teknik kemudian telah diperakui oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi sebagai Institut Teknologi pada tahun 1969 dan kemudian dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan dan seterusnya diberi taraf sebagai sebuah universiti.

UTM Jalan Semarak KL

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menempa sejarah kejayaan di upacara konvokesyen pertamanya pada tarikh 3 Disember 1977 yang mana pada waktu itu Canselor pertama adalah Almarhum Sultan Ismail (Sultan Johor Moden ke 3).

Ternyata sejarah pendidikan yang diwarisi oleh UTM hari ini telah pun menjangkau seabad usia. Seratus tahun yang berlalu telah ditempuhi dengan pelbagai masalah, liku dan ranjau, terutamanya pada peringkat awal penubuhan. Namun, iltizam yang kuat tidak mematahkan semangat juang UTM. 

Bangunan kampus UTM di Jalan Semarak

Hostel para Mahasiswa

Kesungguhan barisan pemimpinnya telah memungkinkan UTM berkembang pesat dan terus matang sebagai sebuah universiti yang memiliki reputasi yang baik dan tersohor di rantau ini. Kesungguhan dan dedikasi stafnya telah menempatkan nama UTM di persada dunia khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Nama penyelidik dan pelajar UTM sentiasa mencatat rekod kejayaan dan sekali gus mengharumkan nama negara. Setelah seabad lamanya, UTM akan terus sinonim dengan kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi di Malaysia.




UTM berwajah baru


- UTM Library Kuala Lumpur

-https://www.utm.my/about/history-of-utm/


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom