Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Y.M Raja Bot dan jasanya dalam pembangunan negeri Selangor


Pada tanggal 11 April 1916, Y.M Raja Haji Bot bin Raja Jumaat telah mangkat di Johor Bharu. Y.M Raja Haji Bott merupakan pemerintah Lukut setelah kemangkatan paduka ayahandanya.

Raja Bot telah didedahkan dengan selok belok pentadbiran dan perniagaan bijih timah yang menjadi nadi utama Lukut seawal usia belasan tahun lagi. Malangnya baginda telah hilang kuasa ke atas Lukut dalam pembahagian sempadan Negeri Sembilan dan Selangor oleh Inggeris hingga membawa kepada penghijrahan Y.M Raja Haji Bot ke Selangor pada tahun 1882.

Y.M Raja Haji Bot telah dilantik sebagai Penghulu Sungai Buloh pada 1887 dan menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada tahun 1888 sehingga ke akhir hayatnya.

Y.M Raja Haji Bot banyak menyumbang ke arah kemajuan Negeri Selangor diawal kurun ke-20 antaranya termasuklah mengadakan peraturan import eksport, pengurusan pelabuhan di Selangor serta menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu.

Kredit:- Wangsa Mahkota Selangor - Pages Rasmi / Kisah Sejarah Melayu


Ikuti kami di TELEGRAM :
KONGSIKAN:




Ads Bottom