Peristiwa malam 18 September 1931. Tentera Jepun telah meningkatkan penguasaannya ke atas Asia dengan memperluas wilayah ketenteraannya. Mereka telah merebut Semenanjung Korea dan Taiwan seterusnya mara ke Manchuria.
Manchuria adalah lokasi yang strategik. Orang Jepun merasakan bahawa kawasan itu tidak hanya diperlukan untuk mempertahankan tanah jajahan mereka di Korea, tetapi juga kaya dengan sumber dan pusat perindustrian dan pengangkutan. Melihat kepada penyatuan China semakin kuat, pegawai Jepun mengambil tindakan berani untuk menawan Manchuria demi mempertahankan tanah jajahannya di Korea.
Bukti menunjukkan bahawa pegawai Jepun menanam bom di kereta api Manchuria Selatan pada malam itu. Namun, kerosakan itu minimum dan kereta api dan penumpangnya sampai ke destinasi dengan selamat. Namun, tentera Jepun menuduh tentera China menanam bom itu dan menggunakannya sebagai alasan untuk menduduki Mukden.
Dalam masa tiga bulan, tentera Jepun menperluas kawalan mereka ke seluruh Manchuria. Orang Jepun menamakan semula negara itu sebagai Manchukuo, menggunakannya sebagai negara boneka. Ini adalah langkah kepada pencerobohan Jepun ke atas beberapa bahagian di China. Penjajahan mereka akan berterusan sehingga kekalahan Jepun pada tahun 1945.
Hari ini, setiap kali tibanya tarikh 18 September pelbagai bandar di seluruh China memainkan siren dan loceng amaran pada untuk menghormati tragedi itu setiap tahun.
#ThisDayInHistory #Mukden
Ikuti kami di TELEGRAM:
KONGSIKAN: