Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Sultan Iskandar Shah menguji ulama Perak


 


Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang ke 30 untuk menggantikan kekanda tiri baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah.

Baginda lebih senang dengan gelaran Sultan Iskandar Shah atau panggilan santai Sultan Iskando oleh ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak. Untuk makluman, Sultan Perak yang ke 30 ini diputerakan pada 10 Mei 1876 di Kampung Kuala Keboi, Kampar.

Baginda adalah anakanda kepada Sultan Perak yang ke 28 iaitu Sultan Idris I yang pernah memerintah negeri Perak sejak tahun 1887 hingga tahun 1916. Baginda Sultan Iskandar Shah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 30 pada Disember 1918 sehingga mangkat pada 14 Ogos 1938.

Almarhum baginda Sultan Iskandar Shah telah memerintah negeri Perak selama 20 tahun dengan jayanya dan baginda dimakamkan di makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sebenarnya, Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) amat terkenal dengan kewarakan baginda dalam agama Islam. Baginda pernah bertitah kepada rakyat jelata di negeri Perak bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika tidak menghadirikan diri solat Jumaat tanpa sebab.

Baginda Tuanku Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) juga sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran agama Islam kepada rakyat di seluruh Negeri Perak. Lihat bertapa bagusnya seorang pemimpin agama negeri Perak.

Ada satu cerita yang mana masanya berlaku dalam bulan Ramadan. Pada waktu itu, Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) telah menjemput ramai ulama terkenal dari seluruh negeri Perak untuk berbuka puasa di Istananya Bukit Chandan. Maka, ramailah alim ulama pemikir agama yang datang untuk menerima undangan daripada Sultan Perak yang dihormati.

Dalam keadaan gembira menunggu masa berbuka puasa sebelum maghrib tiba, makanan siap terus dihidangkan. Ramai tetamu yang diundang rasa hairan kerana makanan siap dihidangkan terlalu awal namun mungkin ianya adalah persediaan biasa.

Akan tetapi apa yang berlaku pada waktu itu adalah Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) dikatakan telah mengarah semua yang hadir untuk mula menjamah makan walaupun lambat lagi azan maghrib nak berkumandang. Ramai hadirin terkejut dengan titah daripada Sultan Perak tersebut.

Ulama yang ada semuanya senyap seribu bahasa diam langsung tidak berani membantah. Namun dengan tiba-tiba ada seorang guru agama baginda Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) bernama Haji Nawawi Bin Haji Mohd Tahir terus bangun lalu berkata, “Kalau tuanku hendak masuk neraka, masuklah seorang”.

Terus tergaman semua tetamu melihat guru agama tersebut berkata sedemikian kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam. Yang sebenarnya, sememangnya niat Sultan Iskandar Shah pada waktu itu hanya untuk menguji pada ulama yang hadir.

Baginda Sultan Iskandar Shah terus memuji keberanian beliau berani menegur Sultan dan baginda terus memarahi ulama-ulama lain yang membisu seribu bahasa. Sultan Iskandar Shah mengeluh, “Nasib baiklah di negeri Perak ini masih ada orang yang berani menegur beta”.

Syeikh Nawawi Janggut Merah, Kuala Kangsar ( 1881 - 1969 )

Tuan Guru Hj Nawawi Janggut Merah menetap di kg batu 8, changkat Jering, Taiping.

Makamnya juga di kg batu 8. Terkenal dgn kewalian yg byk karamah. Guru kpd ayah dan ibu Guru kita, Tg Ustaz Anwar Helmy. Semoga Allah merahmati mereka. Amin

Syeikh Nawawi terkenal sebagai seorang yang berpengaruh dalam menaikkan semangat masyarakat dalam menentang Jepun dan Komunis. Oleh sebab itu, beliau sentiasa diburu dengan niat untuk membunuhnya. Namun, perkara itu tidak mudah berlaku padanya kerana Syeikh Nawawi sentiasa dibantu oleh Allah Taala dan dikurniakan berbagai-bagai karamah. Di antara yang sering disebut-sebut ialah :

1. Beliau pernah pernah ditangkap, diikat di dalam guni dan dibuang ke dalam laut oleh komunis tetapi apabila dibuka guni tersebut yang terdapat hanya batu. Sedangkan Syeikh berada di rumah.

2. Pernah satu ketika askar Jepun menunggu beliau habis kuliah agama dengan tujuan hendak membunuhnya. Malangnya askar Jepun tidak dapat melihatnya padahal beliau dengan bersahaja berbasikal melintasi askar-askar itu.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom