Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Inilah sepuluh (10) negara yang tidak pernah dijajah


 

Kemerdekaan adalah hak segala bangsa. Malaysia mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Sebagai negara yang telah merdeka tentu kita yang hidup saat ini perlu bersyukur dan terus memberi yang terbaik untuk kemajuan pada negara ini. 

Tahukah anda didunia ini ada beberapa negara yang tidak merasa berjuang keras mencapai kemerdekaan. Negara-negara ini boleh dikatakan beruntung kerana tidak pernah dijajah oleh negara lain. Dibawah ini adalah senarai sepuluh buah negara yang tidak pernah dijajah.....

1) ETHIOPIA

Negara yang terletak di kawasan Benua Afrika ini merupakan negara dengan populasi ke-2 terbesar di Afrika.  Ethiopia merupakan salah satu negara yang tidak pernah merasa kejamnya pejajahan oleh bangsa lain di dunia. Ketika orang Eropah menjajah benua Afrika pada tahun 1880 hingga 1914, kira-kira 90% daripada benua Afrika berjaya dijajah Eropah. Namun, Ethiopia masih mampu mempertahankan kedaulatannya secara penuh.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Ethiopia  sebenarnya pernah dijajah oleh orang Itali pada tahun 1936 hingga 1941, tetapi perkara itu masih lagi dipersoalkan kerana sampai sekarang belum ada lagi bukti kukuh yang mampu menyangkal sangkaan tersebut.

2) BHUTAN

Bhutan merupakan satu negara yang sangat terasing dan kurang pembangunan di dunia. Seperti Nepal, negara yang terletak berhampiran pergunungan Himalaya ini menyebabkan ianya menjadi kawasan yang sukar diserang. Sepanjang tahun 1772 hingga 1774, tentara British cuba untuk menyerang dan menguasai beberapa kawasan di Bhutan.

Sebagai rundingan untuk menyingkirkan tentera British ketika itu, Kerajaan Bhutan telah membuat satu rundingan dengan membayar 5 kuda untuk tujuan kawalan ke atas industri pembalakan ketika itu.

3) NEPAL

Nepal termasuk dari salah satu negara Asia yang tidak pernah dijajah. Negara yang berdiri pada tanggal 21 Disember 1768 bersempadan dengan China di bahagian utara dan India di bahagian timur. Nepal merupakan negara yang menerapkan sistem kerajaan di dalam pemerintahannya.

Pada abad ke-19, British berjaya menawan hampir sebahagian besar India. Usaha British untuk menawan wilayah baru di bahagian utara ketika itu terbantut dengan adanya kerajaan Nepal. 

4) AFGHANISTAN

Afghanistan sehingga sekarang dikenali sebagai negara yang tidak pernah ditakluk oleh kuasa asing termasuk Amerika Syarikat. Walaupun Afghanistan baru mendapat pengakuan pada tahun 1919 namun jantung Asia ini tidak pernah dikuasai oleh negara asing. 

British pernah cuba untuk menguasai Afghanistan melalui Perang Anglo - Afghan pertama (1838-1842), Perang Anglo - Afghan yang kedua (1878-1880) dan Perang Anglo-Afghan yang ke-3 pada tahun 1919  tetapi gagal.

5) CHINA

Semasa percubaan Eropah menguasai dunia, China ketika itu adalah satu pasukan yang sangat besar sehingga sering dibandingkan dengan kekuatan empayar Uthmaniyyah.

Pada abad ke-19, China menjadi antara negara yang menandatangani perjanjian perdagangan dengan negara barat seperti British, Perancis, Jerman, Rusia bahkan Amerika. Mungkin disebabkan terdapatnya beberapa perjanjian tertentu China menjadi negara yang tidak pernah dijajah kecuali Hong Kong dan Macau.

6) THAILAND

Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah. Walaubagaimanapun, negara yang dulu dikenali sebagai Kerajaan Siam ini tetap pernah mendapat tekanan dari negara Eropah seperti British dan Perancis yang mana ketika itu menguasi Indochina (Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja).

7) IRAN

Terkenal dengan Kerajaan Parsi satu ketika dahulu, Iran termasuk antara negara yang tidak pernah dijajah. Meskipun begitu, negara ini pernah menderita pada tahun 1800an akibat perang British dan Rusia. Selepas itu, negara yang berkongsi teluk Parsi bersama Kuwait, Oman, Iraq, Arab Saudi, Qatar dan Bahrin ini akhirnya nekad untuk membangunkan kerajaan mereka sendiri.

8) JEPUN

Negara penjajah yang tidak pernah dijajah. Jepun terkenal sebagai negara di Asia yang berpengaruh besar serta memiliki banyak negara jajahan. Keberanian negara ini menyerang kekuatan barat semasa era peperangan dunia ke-2 menjadi penyebab Jepun tidak pernah dijajah oleh Barat.

9) TURKI

Semasa kegemilangan Empayar Uthmaniyyah Turki menjadi negara terkuat dan digeruni di dunia. Banyak wilayah yang ditakluk oleh Turki, bermula dari bahagian Barat Maghribi hinggalah bahagian Timur Iraq. Dari semenanjung Balkan di sebelah utara hingga di sebelah selatan Somalia. Negara-negara Eropah ketika itu sangat takut dengan kerajaan Turki.

10) ARAB SAUDI

Memiliki sejarah purba yang sangat terkenal serta kaya dengan minyak, Arab Saudi ternyata tidak pernah ada pengaruh kolonial dari barat. Secara rasminya, Kerajaan Arab Saudi diasaskan pada tahun 1744.

Itulah 10 buah negara yang tidak pernah dijajah oleh bangsa asing. Di kesempatan bulan kemerdekaan ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia.




Ikuti kami di TELEGRAM:

https://t.me/X_PLORASI

KONGSIKAN:



Ads Bottom